Pengikut

Isnin, 26 Disember 2011

Hobi Selain Membaca


Selain membaca, menulis saya gemar bercucuk tanam. Boleh dikatakan halaman rumah saya dipenuhi dengan pokok bunga. Bagi saya setiap kali mata saya melihat pokok-pokok bunga itu subur berbunga hati saya rasa gembira dan senang sekali. Ada juga saya menanam pokok cabai. Dan beberapa sayuran lain.

Pokok bunga kertas adalah pokok bunga yang paling saya suka. Kerana warnanya yang menarik, tahan lasak dan berbunga sentiasa andai kena cara penjagaannya. Kalau saya tiada di rumah adik sayalah yang menjadi mangsa untuk menyiramnya.

Cara pembiakan pokok bunga kertas  adalah melalui keratan batang dan 'tut'.

Alam dan manusia memang tidak boleh dipisahkan. Persekitaran yang nyaman, bersih memungkinkan kita menyedut udara, oksigen yang baik. Jadi tanamlah banyak-banyak pokok di kawasan persekitaran rumah anda.

7 ulasan:

  1. kalau saya, saya impikan rumah yang punya halaman luas. boleh tanam semua tumbuhan herba. :)

    BalasPadam
  2. Akhirnya birungu meninggalkan jejak. Terima kasih. Sudilah jengah lagi.

    Ya sesiapapun inginkan halaman rumah yang luas. Wah! suka tanam tumbuhan herba ke?

    BalasPadam
  3. Saya juga. Menjadi seorang graduan hortikultur amatlah rugi jika saya tidak berkongsi ilmu perkebunan bersama.

    Namun, saya juga membuka ruang seluasnya menerima idea orang lain. Kerana hortikultur itu juga terkandungnya seni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidaklah pandai sangat dalam bidang ini. Tentu Wong lebih arif.

      Padam
    2. Dalam usaha. Kita berkongsi ilmu lebih baik. =)

      Padam
  4. Bercita-cita juga nak bercucuk tanam. Apabila saya punya rumah sendiri kelak. Insyaallah. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78