Pengikut

Selasa, 27 Disember 2011

Interlok VS Konserto Terakhir

Setelah berpenat lelah, bertikam lidah memperjuangkan hak Interlok akhirnya begini jadinya. Alangkah sedih bukan kepalang. Sebenarnya apa yang dimahukan oleh pihak itu? Dan apa yang cuba dilakukan dipihak ini?
Alih-alih yang dikejar tidak dapat yang dikendong keciciran pula.




VS
 


Dipihak ini cuba menarik rambut dalam tepung agar rambut tidak putus tepung pula tidak bertabur. Tetapi seolah-olah perbuatan itu hanya untuk menjaga air muka sahaja. Setelah berjuta-juta wang dibelanjakan untuk membuang perkataan pariah itu kemudian dicetak kesudahannya ditukar pula ke novel lain. Main tarik tali lah pula. Menang bersorak kampung tergadai.

Mohon penjelasaaaaaaaaaaaaaaaaannnnn!!!!!!!

4 ulasan:

  1. Kedua-duanya novel yang berkualiti. Namun begitu, agak terkilan kerana Interlok yang telah dimurnikan itu ditarik balik. Setahun, masa dihabiskan untuk mengkaji novel tersebut tetapi tidak dapat diaplikasikan dalam buku-buku yang akan diterbitkan pada tahun hadapan.

    BalasPadam
  2. Betul tu kedua-duanya karya yang terbaik. Tapi aku tak baca lagi Konserto Terakhir. Adalah baca sinopsisnya. Harap-harap selepas ini akan memberi pengajaran untuk panel yang memilih karya KOMSAS untuk sesi-sesi akan datang. Sebelum pemilihan muktamat dilakukan haruslah membuat keputusan yang terbaik.

    BalasPadam
  3. Saya tak berkesempatan membaca novel Interlok. Namun 'batch' saya yang terkena tempiasnya. Untuk tahun 2012, kami terpaksa menunggu sehingga hampir tengah tahun sebelum menerima novel Konserto Terakhir untuk pembelajaran KOMSAS. Agak terseksa, sebab kami sangat risau tentang SPM kami. Latih tubi pun dibuat berdasarkan nota-nota terdahulu, tanpa dapat membaca novelnya yang sebenar.

    Akhirnya, dapat juga novel tersebut walaupun agak lambat. Namun, cetakan terbaharu yang saya terima bukan lagi dengan kulit buku yang begitu. Sudah lain sedikit. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seharusnya penelitian dan kajian yang mendalam harus dilakukan KPM sebelum karya itu diangkat dan diperkenalkan kepada umum.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78