Pengikut

Khamis, 8 Disember 2011

Antara Tanggungjawab dan Wang

Pernahkah anda membaca Kumpulan cerpen Antara Dua Deru, karya Sasterawan Negara Arena Wati? Rugi saya katakan sekiranya anda tidak membacanya. Kumpulan cerpen ini bukan sahaja kumpulan cerpen yang mengisikan cerita sahaja namun di dalamnya dibumbui dengan falsafah. Anda perlu teliti mengikuti setiap dialog atau perkataan yang tercatat dalam cerpen tersebut. Saya tertarik dengan cerpen yang berjudul KALI INI ISTERIKU MOGOK

Pertama kali saya membaca judul cerpen ini seperti membayangkan bahawa seorang isteri yang mogok (merajuk) barangkali tak dapat sesuatu yang diingini. Namun tanggapan itu lebih luas malah meleset sama sekali. MOGOK itu membawa erti yang cukup matang, menuntut perjuangan dan bukannya MOGOK yang hanya hanyut dalam perasaan yang cemburu kerana suami bermain kayu tiga.

Jika anda menjadi seorang penulis anda harus membaca cerpen ini. Di dalam cerpen ini tercatat antara suka duka, liku-liku yang ditempuhi oleh seorang yang bergelar penulis.


Beberapa dialog yang mengandungi falsafah antaranya saya perturunkan di bawah:

1. Aku mengarang bukan mahu digelar tuan pengarang. Tetapi aku mengarang dengan tujuan menunaikan kewajipan. Kalau mati habislah kewajipan.

2. Hai, Ramlah! Pengarang tidak perlukan muka cantik. Yang perlu ialah membuktikan kepada masyarakat sesuatu perkara dengan sejelas-jelasnya.

3. Sama saja, di mana-mana pun wang. Di mana-mana pengarang cari wang selain daripada awak 'ni! Jangan bodoh sangat beri karangan percuma saja. Yang untung ialah penerbitnya. Pengarangnya cuma nama.

4. Inikah pengorbanan pejuang bahasa? Atau, pengorbanankah itu kalau isteri mogok kerana karangan?

5. Cuma kuharapkan, jangan hendaknya tulang-tulangku dijadikan batu bata untuk gedung kesenangan yang menggunakan kesempatan dalam perkembangan bahasa Melayu, dan semoga tidaklah air mataku ini dijadikan air minum untuk kemawahan mereka.

*Benarkah penulis yang menulis tidak langsung hiraukan tentang bayaran atau wang. 
Masihkah ada penulis seperti yang dimaksudkan dalam cerpen ini yang menulis bukan kerana wang. 
Terpulanglah kepada penulis-penulis di luar bagaimaan mahu mentafsirnya ADAKAH ANDA MENULIS KERANA WANG ATAU TANGGUNGJAWAB.

3 ulasan:

  1. Sukar juga nak menjawab persoalan cikgu di bahagian akhir entri tu. Saya sendiri, tak pernah pula terfikir, nak menulis sebab akan dapat duit. Tapi sebab saya mahukan karya saya dibaca oleh orang ramai je. Kalau dah tersiar, barulah saya terfikir, 'lepas ni akan dapat duit'. Bonuslah kiranya, :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78