Pengikut

Ahad, 23 Disember 2012

Majlis Penyampaian HSPM 2010/2011


Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011
Tarikh: 28 Dis 2012 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat: Grand Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur
Disempurnakan oleh: YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin -Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Sewaktu saya melayari laman sesawang DBP terjumpalah berita ini. Saat penantian saya untuk mengetahui bilakah tarikh penyampaiannya dan siapakah pemenangnya telah reda sedikit. 

Sebenarnya saya ada juga menghantar penyertaan. Tidak tahulah mengapa ketika itu saya seberani itu. Saya fikir, hendak mencuba. Barangkali bukan rezeki saya lagi untuk naik ke pentas ini. 

Jadi tahniah kepada pemenang. 

8 ulasan:

  1. Abang Helmi ada menyertai jugakah?
    Bagaimana menyertainya? Sekadar pertanyaan.

    BalasPadam
  2. Ya, abang ada juga menyertainya.

    Hanya cuba-cuba.

    Abang menyertai untuk kategori eceran. Setiap karya yang pernah tersiar untuk tahun 2010/2011 hendaklah dipotostat dalam empat salinan.

    BalasPadam
  3. Oh, begitu.
    Cara menyertainya, adakah melalui borang atau sekadar dihantar kepada pihak pengajur?

    BalasPadam
  4. Huhu, abang pun masa mula nak sertai dulu tak tahu apa-apa, main cuba saja.

    Penyertaan tu, rasanya tak ada borang. Abang sertakan sekali surat menyatakan bahawa kita hendak menyertai, kemudian senarai karya yang dilampirkan dan karya yang telah dibuat salinan empat salinan.

    Abang pun tak tahulah sama ada penyertaan abang itu diterima ataupun tidak. Tetapi masa hantar dulu pakai pos laju. Jadi abang anggap sampai. Jika tak sampai sudah tentu dikembalikan semula kan?

    Nanti tahun depan bolehlah sertai untuk HSPM 2011/2012.

    *Bolehlah tanya kepada penulis mapan yang lain yang pernah sertai. Bolehlah berkongsi pula nanti.

    BalasPadam
  5. Fathul salah maklumat:-

    *HSPM 2012/2013

    BalasPadam
  6. Begitu. Baik, nanti saya cuba tanya yang mapan berkenaan hal ini.

    HSPM 2012/2013? Insya-Allah jika diizinkan... :)

    BalasPadam
  7. Tak pa bang Helmi...mungkin akan naik pentas HSPM 2012/2013. Muziru merupakan antara pemenang kali ni bang Helmi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78