Pengikut

Khamis, 4 Oktober 2012

Debaran Menanti Pengumuman HSKU 2011

Pastinya semua sasterawan, penulis mahupun pengikut sastera tanah air akan menanti pengumuman HSKU 2011 yang akan diadakan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada malam esok, 5 Oktober 2012. Majlis tersebut barangkali menghimpunkan sejumlah penulis yang bakal memenangi beberapa kategori anugerah yang dipertandingkan.

Saya jangkakan kategori novel remaja menjadi tumpuan. Kita masih berteka-teki sama ada Sri Rahayu Mohd Yusop bakal menggondol sekali lagi anugerah ini. Atau ada penulis baharu@lain yang mampu merampas tahkta itu. (wah, dah macam anugerah Bintang Paling Popular)

Tetamu istimewa yang bakal hadir pada malam tersebut ialah KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Sebenarnya, saya juga berdebar-debar untuk menanti keputusan diumumkan. Tidak seperti selalunya, senarai akhir 19 buah karya yang layak dinilai pada peringkat akhir akan dikeluarkan dan disiarkan sebelum majlis berlangsung. Tetapi tidak kini. Semuanya masih menjadi rahsia. 

Terdapat 3 buah cerpen dan 1 buah puisi saya yang tersiar di media utusan pada tahun lepas. Antaranya, KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN, KOLAM dan LOCENG KRISMAS. Ketiga-tiga cerpen ini telah tersiar di majalah HARMONI. Terima kasih kepada editor yang sudi memberi peluang kepada karya ini dimuatkan dalam majalah kelolaan mereka. 

Sekali imbas, pasti semua dapat menerka tatkala membaca judulnya. Ketiga-tiga cerpen ini mengambil sempena Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas sebagai wadah untuk saya berkarya. Kepada yang pernah membaca ketiga-tiga cerpen ini pasti tahu jalan ceritanya.

*Kepada yang telah menerima jemputan selamat bergembira dan tahniah.

15 ulasan:

  1. Tetamu istimewa yang ini hadir ke malam itu?

    BalasPadam
  2. Insyaallah, Jamilah. Kalau nama saya diumumkan dan kamu melihat muka saya yang naik menerima hadiah itu. ada lah.

    Tapi jika tidak diumumkan, tak ada lah.

    Semua orang boleh hadir ke? Maksud saya, kalau yang tidak menerima jemputan atau tidak menang hadiah.

    BalasPadam
  3. Abang Helmi, saya juga akan berada di majlis itu esok sebagai tetamu sahaja...

    BalasPadam
  4. Yang menyertai bengkel itu dikhabarkan dapat ikut serta malam itu. :)

    BalasPadam
  5. Semoga antara pemenangnya ialah bang Helmi. :)

    BalasPadam
  6. Fathur Khair, bagaimana pula dapat ikut serta? Dapat jemputan ke? Atau adik ikuti bengkel ITBM?

    BalasPadam
  7. Jamilah- Oh begitu. Insyaallah... kalau terlihat wajah ini, tegur-tegurlah.

    BalasPadam
  8. Sue, ikuti bengkel ITBM ke? Sue ada ke pada malam penyampaian esok?

    Amin.

    BalasPadam
  9. Saya ikuti bengkel ITBM. Ada dalam atur cara....

    BalasPadam
  10. Wah, seronoknya Fathur. Insyaallah jika terperasan muka abang di celah-celah orang ramai itu pada malam esok, tegur-tegurlah.

    BalasPadam
  11. wah, nanti boleh jumpa ramai-ramai pada malam itu. kami yang menyertai bengkel pun akan dapat menyaksikan HSKU

    BalasPadam
  12. Apakah keputusan panel? Menanti berita gembira :)

    BalasPadam
  13. Assalamu'alaikum
    Sdr Tetamu Istimewa @ Helmi Ahmad
    Syabas atas kemenangan!

    BalasPadam
  14. Waalaikumusalam, Dr. Mawar. Terima kasih. Tahniah juga atas kemenangan Dr.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78