Pengikut

Ahad, 28 Oktober 2012

Cerpen: Muhammad Al Islam di BH Ahad


Syukur alhamdulillah, Allah SWT mendengar doa saya. Setiap kali sembahyang saya tidak lupa mendoakan supaya, Allah SWT membuka hati editor yang menerima karya saya untuk mempertimbangkannya lalu menyiarkannya di media kelolaan mereka. 

Kali terakhir cerpen saya disiarkan di Berita Minggu ketika itu ialah pada 6 Mei 2012 menerusi cerpen Pulut Durian Santan Kelapa. Kini Muhammad Al Islam berjaya memecah kebuntuan itu. Muhammad Al Islam merupakan cerpen yang saya nukilkan sekitar bulan September 2012. Kemudian terhenti begitu saja. 

Alhamdulillah Allah SWT menggerakkan hati saya untuk terus menyambung kisah ini. Selama untuk menunggu cerpen ini tersiar saya tidak pernah putus-putus mencuba dengan cerpen lain, namun hampa. Akhirnya, tertebus jua dendam itu. Terima kasih editor BH Ahad kerana memilih cerpen ini.

Berdebar rasanya hati tatkala menyelak BH Ahad hari ini. Sebelum itu membuka lembaran Mingguan Malaysia kerana saya juga ada menghantar cerpen di sana. Harapan saya cerpen itu juga diberkati Allah SWT untuk menemui pembaca semua.

*Kepada pembaca semua, sudilah berkongsi rasa dan pendapat untuk saya memperbaiki mutu penulisan saya.

12 ulasan:

  1. Tahniah tuan,
    Teruskan menulis dan menulis. Meraih perhatian Allah lebih daripada mengharap sanjungan manusia.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Tuan Ibnu Ahmad al-Kurauwi. Ya, benar sesuatu yang diusaha haruslah bersandarkan kepada Allah SWT. Marilah sama-sama kita berjuang ke jalan jalan benar.

    BalasPadam
  3. Assalamu Alaikum...
    bersalam dan singgah belajar.

    BalasPadam
  4. Tahniah Saudara Helmi.Tak silap saya cerpen saudara juga ada tersiar di majalah 'perempuan'.

    BalasPadam
  5. Waalaikumusalam, Tuan Lonk. Sama-samalah belajar dan memberi tunjuk ajar.

    BalasPadam


  6. Tahniah sdr Helmi.

    Saya seronok dan senang membaca cerpen tersebut.

    BalasPadam
  7. Terima kasih saudara Safuan. Tiada yang paling indah saat mendengar pembaca menyukai cerpen tersebut.

    BalasPadam
  8. Sudah lama tidak berkunjung ke 'jiran sebelah rumah ini'. hehe

    Tak dapat nak baca karya bang Helmi di BH itu. Apa pun, tahniah ya!

    BalasPadam
  9. Terima kasih, Sue.

    Ya, lama juga Sue tak menziarahi dan meninggalkan komen. Rindu sangat.hehehe

    BalasPadam
  10. Tahniah ya bang Helmi. :D. Wa;aupun terlambat ucap.

    BalasPadam
  11. Terima kasih Muzammil. Teruskan menulis ya. Jangan mudah putus asa. Sentiasa mencuba.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78