Pengikut

Khamis, 18 Oktober 2012

Hujan Masih Turun




Hujan Masih Turun

Hujan masih turun
lebat menimpa bumbung
pokok habis  tumbang
air di parit sudah bumbu
sekejap lagi sampai ke lantai rumah.

Hujan makin lebat
ayam itik tiada tempat berteduh
jiran tetangga sudah panjat ke bumbung
selipar di kaki hanyut tah ke mana.

Hujan berubah banjir
kemaslah harta peribadimu
keselesaan menjadi kegelisahan
esok sementara bantuan sampai
kita beradu dalam kebasahan.

11.10pm
14/9/2011
Kangar, Perlis
Mohd Helmi Ahmad

2 ulasan:

  1. Sue suka hujan, suka puisi hujan!

    dan di sini; hujan masih turun.

    BalasPadam
  2. Terima kasih, Sue.

    Ya, dalam seminggu ini hujan masih turun.

    Barangkali ada yang suka hujan, ada yang tidak. Namun, ia tetap akan turun kerana itu aturan-Nya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78