Pengikut

Sabtu, 27 Oktober 2012

Yang Tertunggak dan Duit Raya


Alhamdulillah, setelah berperih 'mengabdikan' diri dalam dunia penulisan inilah hasilnya. Saya masih mengingati detik Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, memasuki kuliah kemudian menunjukkan sampul yang berisi cek-pembayaran honorarium. Katanya, apabila anda menulis, terasa seronoknya apabila menunggu sampul berisi cek tiba. 

Jadi, entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya, untuk membakar semangat penulis-penulis baru untuk terus berjuang dalam bidang penulisan. Siapa kata, menulis tidak boleh senang? Walaupun ada yang menyatakan bahawa tujuan dia menulis bukan kerana wang tunai. Tetapi apa salahnya, sambil menyelam minum air. 

Cek-cek ini akan diuruskan masuk ke akaun saya. Terima kasih kepada DBP, Utusan Karya, Berita Publishing dan MMP Comunications atas pembayaran honorarium kepada karya saya yang pernah disiarkan di majalah kelolaan mereka. Cek di atas juga termasuk hadiah kemenangan saya dalam HSKU 2011 baru-baru ini. 

6 ulasan:

  1. Bang belanja set HSKU satu set! Hehehe

    BalasPadam
  2. Pernah atau tidak berdepan dengan penerbit majalah yang culas membayar?

    Dan kalau pernah, bagaimana sdr menanganinya?

    BalasPadam
  3. Setakat ini alhamdulillah, Tuan Al Ghazali. Penerbit-penerbit itu melangsaikannya dengan baik. Tetapi, tidak tahulah jika majalah atau surat khabar tersebut membayar karya penulis yang disiarkan sebaliknya saya pula yang tidak tahu.

    BalasPadam
  4. Tahniah ya, saya pun teringin hantar karya tetapi selalu tak ada masa..

    BalasPadam
  5. Terima kasih, anynora. Cubalah cari masa yang sesuai.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78