Pengikut

Ahad, 30 September 2012

Koleksi Buku Baharu dari Kedai Buku 1 Malaysia



Setelah lama mengidam untuk memiliki sejumlah buku baharu terbitan ITBM, akhirnya saya berjaya menggenggaminya. Terima kasih PM kerana membina Kedai Buku 1 Malaysia yang terletak di Pudu Sentral.

Saya memilih kesemuanya kumpulan cerpen, walaupun hajatnya untuk mencampur adukkan antara kumpulan cerpen dan kumpulan puisi. Insyaallah, hasrat yang tergendala itu akan saya tunaikan selepas ini.

Antara koleksi buku tersebut:
1. SELAMAT DATANG KE MALAYWOOD - Roslan Jomel (RM 25.50)
2. GUNTING - Marsli N.O (RM 17.00)
3. CINTA SENAFAS ANGSA - Tuah Sujana (RM 17.00)
4. BIDADARI BURUNG - S.M Zakir (RM 17.00)
5. HIDUP PENUH CINTA, satu-satunya buku terbitan PTS - Bahruddin Bekri (RM 11.90)

* Harga dalam kurungan adalah harga selepas diskaun.

Saya melihat kedudukan kedai buku ini agak strategik kerana tempat yang dipilih merupakan tempat tumpuan orang ramai. Pasti Pudu Raya tidak akan pernah lengang. Jadi sambil-sambil hendak pulang ke kampung, singgahlah sebentar ke kedai buku ini. Di bersebelahan KB1M ini terdapat Kedai Kain 1 Malaysia.

Ayuh, kepada sesiapa sahaja yang gemar membaca dan tercari-cari kedai buku terutama buku terbitan ITBM, kunjungilah KB1M. Bukan sahaja buku terbitan ITBM yang dijual di sini, malah buku-buku terbitan lain juga ada. Jangan lepaskan peluang. 

* Ke mana ya, menghilangnya buku-buku terbitan DBP? Adakah ia bersembunyi semasa saya datang? 

5 ulasan:

  1. ya, sangat mengujakan. Jika elok lagi jika ditambah bilangan penerbit. Banyak pilihan sekit.

    BalasPadam
  2. nak tanye sikit.buku english ade jual ke?

    BalasPadam
  3. Ya, buku english juga ada dijual. Tetapi saya tidak dapat pastikan kuantiti dan genre yang diingini.

    BalasPadam
  4. oh.okay.thanks.mane tahu datang KL boleh lah singgah kedai ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78