Pengikut

Rabu, 26 September 2012

Cerpen: Kompang PM di Mingguan Warta Perdana



Penantian suatu penyiksaan. Namun nikmat setelah memperolehinya tak siapa tahu. Betapa gembiranya. Alhamdulillah, KOMPANG PM yang saya hantar sekitar bulan APRIL 2012 lalu telah tersiar di MINGGUAN WARTA PERDANA, edisi 30 SEPTEMBER 2012.

Jika tidak salah, cerpen ini saya hasilkan sekitar tahun 2010. Setelah diusung ke sana diusung ke sini, nampaknya rezekinya di sini. Terima kasih kepada editornya kerana sudi menyiarkannya. 

Saya ingin tegaskan di sini bahawa cerpen ini bukan cerpen politik. Walaupun penggunaan wataknya PM dan YB. Cerpen ini berkisar akan sambutan perasmian Pusat Komputer Kampung. Sudah tentu di kampung anda juga ada projek seumpama ini. Harus bagaimanakah nasib projek tersebut? Berjayakah? Adakah terkandas sebelum bermula? Jika sudah berjaya bagaimanakah nasibnya sekarang? 

Untuk mengetahui cerita ini sudi-sudilah mendapatkannya di kedai yang berhampiran. Saya sedia menerima pandangan anda semua. 

6 ulasan:

  1. tahniah tetamu istimewa....

    teruskan berkarya :)

    BalasPadam
  2. Semoga terus dan terus melakar karya. Tahniah bang Helmi.

    BalasPadam
  3. Terima kasih sue. Sama-samalah kita melakarnya.

    BalasPadam
  4. Tahniah, sebenarnya banyak lagi karya-karya anaknda yang tersiar, alhamdulillah...anaknda antara penulis yang berjaya.

    BalasPadam
  5. Terima kasih, ayahanda. Sokongan ayahanda dan semua kawan-kawan menjadi pembakar semangat kepada anakanda untuk terus menulis. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Mohon tunjuk ajar.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78