Pengikut

Khamis, 26 Julai 2012

Cerpen: Memerdekakan Ramadan di Harmoni


Cerpen yang boleh dikatakan terkini dari saya adalah MEMERDEKAKAN RAMADAN. Cerpen ini tersiar di HARMONI, edisi 15-30 Julai 2012. Kepada sesiapa yang telah membacanya saya ucapkan terima kasih. Kepada yang belum bolehlah dapatkan di kedai-kedai yang berhampiran. Jika ada yang ingin kemukakan cadangan, pandangan amat dialu-alukan.


Cerpen ini menggunakan watak RAMADAN untuk mewujudkan plot cerita. Sudah tentulah kisahnya berputar dalam bulan Ramadan. Saya sifatkan cerpen ini santai, tetapi mampu menggugah rasa dan mendidik jiwa. Apakah amalan yang selalu dilakukan pada bulan Ramadan? Semuanya saya tuangkan dalam cerpen ini secara ringkas. 

Judul cerpen ini MEMERDEKAKAN RAMADAN. Jadi pasti ada yang hendak dimerdekakan. Untuk mengetahuinya, ikuti cerpen ini di Harmoni. 

*Terima kasih editor yang menyiarkan cerpen ini. 

9 ulasan:

  1. Tahniah Cikgu...

    Sungguh prolifik.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, Fathur. Selagi terdaya saya akan terus berkarya. Moga semua pembaca dapat manfaatnya.

    BalasPadam
  3. Terima kasih Muzammil.

    Alhamdulillah semuanya rezeki dari-Nya.

    BalasPadam
  4. Tahniah ya cikgu Helmi!

    Bangga dan kagum melihat hasil karya-karya cikgu di media. :)

    BalasPadam
  5. Terima kasih, Suhada.
    Alhamdulilah, semuanya berkat usaha dan doa yang tidak putus-putus.

    BalasPadam
  6. Tahniah....anda berada di mana-mana.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78