Pengikut

Isnin, 4 Jun 2012

Sejumlah Penulis Mapan Mengisi Ruangan di Dewan Sastera


Entri yang lepas saya telah melihat sejumlah penulis baharu yang mengisi ruangan di Tunas Cipta. Untuk kali ini saya melihat pula Dewan Sastera. Majalah yang tampil hebat untuk memartabatkan dunia sastera di Malaysia kini. Dikhabarkan bukan senang untuk menerobos masuk ke Dewan Sastera.


Untuk kali ini saya tidak menyenaraikan keseluruhan nama penulis yang pernah karyanya tersiar di Dewan Sastera untuk edisi Januari hinggalah Jun 2012. Sebaliknya saya menyenaraikan sejumlah penulis yang karyanya (puisi) pernah tersiar lebih daripada sekali.

1. Jamaludin D. - Mei dan Mac
2. Hilmi Rindu   - Januari dan Mei
3. Suhaimi Haji Muhammad  - Januari dan Mei
4. Husna Nazri   - Januari, Februari dan Jun
5. Abdul Hadi Muhamad   - Januari dan Mac
6. Hasan Baseri Budiman   - Januari dan Mei
7. Saadiah Haji Ibrahim  - Januari dan Mei
8. Rosani Hiplee  - April dan Mei
9. A. Aziz Deraman   - Januari dan Mei
10. Aladin Mohamad  - Februari dan Mei
11. M. Ashikin   - Februari dan Mei
12. Norhisham Mustaffa   - Januari dan Mei
13. Nazim Mohd Subari   - April dan Jun
14. Marjan S   - Januari dan Jun
15. Kho Thong Eng  - Januari dan Jun
16. Shapiai Mohd Ramly  - Januari dan Jun
17. Siti Zaleha Hashim  - Februari dan Jun
18. Tuah Sujana  - Februari dan Jun
19. Nazri Sham DPMP  - Februari dan Jun
20. A. Aslam   - Januari dan Jun
21. Din. S   -Februari dan Jun

Daripada 21 orang penulis yang tersenarai di atas saya rasa hanya Tuah Sujana merupakan generasi baharu yang berjaya menembusi tembok kebal Dewan Sastera sebanyak dua kali. Saya ucapkan tahniah! Yang lain merupakan penulis otai. Namun saya kurang pasti pemilik nama Nazri Sham DPMP dan A.Aslam kerana saya kurang terlihat nama mereka sebelum ini.

Untuk bersama-sama mereka ini saya sarankan kepada diri saya sendiri dan penulis-penulis baharu yang lain agar berusaha lebih gigih dan terus menjadikan Dewan Sastera sebagai sumber rujukan. Sememangnya ruangan yang mengisi Dewan Sastera mengandungi maklumat yang berguna sekitar dunia sastera.

Setelah saya melanggan Tunas Cipta selama setahun saya bercadang pula jika berkesempatan saya mahu melanggan Dewan Sastera.

*Agak sukar untuk saya mengemaskini blog apatah lagi untuk memuatnaik gambar kerana kadar capaian internet di kampung agak rendah.

* Hingga kini Tunas Cipta yang saya langgan mulai Jun 2012 belum berada di tangan saya. 

4 ulasan:

  1. Nama sdr juga sudah tersenarai dalam Dewan Sastera JUN! Sebuah permulaan yang indah! :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih cik hanna. Alhamdulillah, semuanya berkat usaha gigih dan doa saya kepada-Nya. Tiada yag mustahil dalam dunia ini jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78