Pengikut

Khamis, 7 Jun 2012

Pemilihan Karya oleh Editor Harus Telus

Selaku seorang 'penulis' saya tertanya-tanya juga akan kerja-kerja seorang editor. Maksud saya di sini adalah editor sastera yang mengendalikan ruangan cerpen dan puisi khususnya.

Saya melihat ada editor yang mengendalikan ruangan tersebut bukanlah datangnya daripada seorang penulis yang tulen yang menulis puisi mahupun cerpen (maaf jika kenyataan saya itu tidak benar sama sekali). Untuk mengendalikan ruangan cerpen mahupun puisi tidak kiralah editor itu mempunyai pengalaman menulis cerpen ataupun puisi mereka ini memilih cerpen dan puisi atas kriteria apa? Maksudnya untuk memilih puisi dan cerpen untuk disiarkan diruangan kelolaan mereka adakah puisi atau cerpen itu terlebih dahulu haruslah memenuhi kriteria peribadi mereka iaini (aku suka cerpen ini, puisi ini cukup puitis) walaupun masih banyak kekurangan karya tersebut yang perlu dibaiki. Namun disebabkan karya tersebut telah disukainya lalu disiarkan.

ATAUPUN

Kriteria yang lebih profesional yang mana cerpen dan puisi tersebut sesuai dengan media yang dikendalikannya dan sesuai untuk tatapan pembaca umumnya. Walaupun cerpen dan puisi tersebut tidak disenanginya secara peribadi. Disebabkan kualiti yang ada pada karya tersebut menjadi faktor karya tersebut disiarkan. Harapan saya editor di Malaysia ini mengamalkan sikap telus dalam menilai karya yang diterima sebelum disiarkan.

Saya bukan hendak mempertikaikan pemilihan editor yang mengendalikan ruangan cerpen dan puisi di  media cetak di negara ini tetapi seeloknya mana-mana media yang terbabit bolehlah menerbitkan sebuah artikel yang mana kerja-kerja editor, cara pemilihan karya disiarkan di media kelolaan mereka untuk bacaan umum disiarkan. Saya tahu telah banyak bengkel mahupun forum yang dianjurkan oleh persatuan, institusi dengan menjemput editor-editor tertentu untuk membincangkan peranan mereka dan kriteria-kriteria yang menjadi pilihan sesebuah karya itu dipilih untuk disiarkan namun seberapa ramai tetamu yang hadir. Jadi tidak salah jika ia diterbitkan secara umum agar penulis @ pembaca yang tidak berpeluang untuk duduk mendengar forum tersebut dapat sama maklum akan maklumat tersebut.

*Kepada editor-editor yang pernah menyiarkan karya saya, saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78