Pengikut

Isnin, 11 Jun 2012

Letih! Letih! Letih!

Alhamdulillah, saya sampai di rumah dengan selamat. Semalam tidak sempat nak kemaskini blog kerana tersangat letih. Kira-kira pukul 7.15 petang sampai di rumah, Batang Kali. Setelah terpaksa bersesak naik komuter dari Bank Negara ke Rawang.

Sebelum saya pulang saya sempat singgah di kedai buku di Jalan TAR. Hajatnya untuk mencari Tunas Cipta, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa, Jun 2012. Ketiga-ketiga majalah ini telah menyiarkan karya saya yang berupa puisi. Namun setelah mencari di tiga buah kedai buku hanya Dewan Sastera dan Pelita Bahasa sahaja yang ada. Tunas Cipta tidak kelihatan. Tidak tahu lagi di mana hendak mendapatkannya. Barangkali saya akan menghubungi Toko Buku Cahaya Baru di Alor Setar, Kedah. Sebelum ini sudah berkali-kali saya telefon untuk mendapatkan kepastian sama ada Tunas Cipta sudah sampai ke belum. Jawapannya tetap sama. Belum lagi. Apabila di tanya, jawapnnya yang diberikan-di pertengahan bulan Jun barangkali. Saya ingatkan setelah melanggan cepatlah saya dapat dan sampai tetapi rupa-rupanya..... Tidak tahulah sama ada langganan saya itu telah diproses ke belum. Sebabnya saya telah membuat langganan dan bayaran pada pesta buku PWTC sudah.

Di kesempatan itu saya juga telah menyambar kumpulan cerpen Mentari Mediterranean-Amiza Khusyri Yusof yang mana cerpennya berjudul Kubah tersiar di Berita Minggu semalam. Selain itu juga saya juga membeli Antologi Orang Berdosa, terbitan Alaf 21. Barangkali genre baharu yang dipelopori oleh Karangkraf.

Hari ini di sekolah keadaan saya belum mengizinkan untuk saya cergas sepenuhnya. Setelah tamat waktu mengajar pada pukul 1 petang kemudian sambung pula kelas tambahan pada pukul 1.30-3.00 petang sememangnya menguji ketahanan fizikal saya. Namun saya telah lakukan yang terbaik.

Sekian dahulu.

5 ulasan:

  1. Berdasarkan pengalaman saya melanggan majalah-majalah DBP (Dewan Siswa, Tunas Cipta, Dewan Masyarakat) sejak Januari 2012, kiriman majalah akan sampai agak lewat di rumah. sekitar minggu ketiga setiap bulan.

    Misalnya, untuk bulan Mei - saya terima pada 17 Mei.

    BalasPadam
  2. Oh, ya ke... jadinya keluaran untuk bulan Jun belum sampailah? Terima kasih atas makluman, saudara syukri.

    BalasPadam
  3. Keep it up....=)
    selamat bertugas kembali cikgu!

    BalasPadam
  4. tumpang tanya ye, kat Jalan TAR kedai buku mana yg ada jual majalah DBP?

    terimakasih..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78