Pengikut

Selasa, 5 Jun 2012

Puisi: Bacakan Kami Sebidang Ilmu di Harian Metro


BACAKAN KAMI SEBIDANG ILMU merupakan puisi yang tersiar di HARIAN METRO pada 29 Mei 2012. Puisi ini saya nukilkan sempena HARI GURU. Terima kasih editor HARIAN METRO yang memilih puisi ini untuk disiarkan dalam ruangan kelolaannya.

Setelah bulan Mei berakhir  bulan Jun menjelma lagi. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana karya saya masih mendapat perhatian para editor media cetak di Malaysia ini. Saya ingin berkongsi karya yang tersiar itu di sini tetapi masih belum berkesempatan kerananya saya tidak dapat skan gambar tersebut kerana saya berada di kampung. Keduanya ada antara majalah yang menyiarkan karya saya itu belum berada di tangan saya. Antaranya Dewan Sastera dan Tunas Cipta. Insyallah jika berkesempatan akan saya kongsikan nanti.

* Sedang membaca Antologi Cerpen- Saya Hidup Positif! Anda bila lagi?= Antologi para pemenang pertandingan Jom Tulis Cerpen anjuran PROSTAR dan ALAF 21.
* Sedang menyiapkan beberapa buah cerpen walaupun hasratnya hendak menulis seberapa banyak tapi malas (hehhehehe)

4 ulasan:

  1. Salam, cikgu. Tahniah atas puisi itu. Walau lambat ucap. hehe..

    Cikgu Helmi semakin giat menulis. Kagumnya. Semoga cikgu terus tekal menghasilkan karya. Mahu tunjuk ajar cikgu. :D

    BalasPadam
  2. Walaikumusalam Nur Suhada, terima kasih kerana sudi singgah lagi di sini.

    Terima kasih juga atas ucapan itu.

    Boleh, kita sama-sama bantu membantu ya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78