Pengikut

Ahad, 29 April 2012

Koleksi Bacaan Terbaharu dari PBAKL 2012

Alhamdulillah dalam sibuk-sibuk orang mengadakan BERSIH saya sempat lagi menyelinap ke PBAKL bersama rakan saya. Kami keluar awal menaiki LRT dan sampai kira-kira pukul 9.00 pagi. Namun belum lagi dibuka sepenuhnya gerai-gerai jualan. Dalam masa itu sempat menyaksikan sekejap Majlis Tokoh Nilam. Selepas itu barulah operasi mencari khazanah-khazanah berharga ini.
Hasilnya saya berjaya membeli beberapa buah buku yang saya intai-intai sebelum ini. Antaranya:-


1) Perempuan Nan Bercinta - RM 35.00
2) Ketupat Cinta Musim Kedua (Penggal Pertama) - RM 19.00
3) Kekasih Sam Po Bo - RM 28.80
4) Pak Samad di Mata Kami - RM 25.00
5) Rindu Ibu - RM 15.00
6) Adik Datang - RM 25.00
7) Detik-detik Diri di Daerah Daif - RM 10.00
* Harga-harga di atas belum lagi didiskaunkan

Sangat teruja dengan kulit buku Pak Samad di Mata Kami. Cantik, nampak eksklusif.
Sebenarnya, jenuh juga saya hendak membawa balik buku-buku ini ke rumah. Saya nasihatkan lebih elok kepada sesiapa yang hendak memborong itu membawa beg galas. Lebih molek lagi bawa saja beg roda.

Selain itu juga saya sempat membeli majalah terbitan DBP. Antaranya, Dewan Sastera, April 2012 (sebenarnya sudah beli di kampung), Dewan Bahasa, November 2011 (ada rencana saya yang belum dimiliki sebelum ini), Tunas Cipta, Disember 2011 dan Mei 2012 (panas lagi).


Dalam Tunas Cipta, Mei 2012 terdapat ruangan baharu iaitu Pena Sutera, Seni Orang Muda dan Komik Bulan Ini. Sementara itu, ruangan Esei Bulan ini barangkali dijenamakan semula dengan nama Tumpuan. Tahniah kepada penulis-penulis yang karya mereka tersiar pada bulan Mei ini.

Ruangan Pena Sutera menampilkan Ahmad Fedtri Yahya, Bicara Tunas menampilkan Hasni Jamali, Seni Orang Muda menampilkan MF Kencana dan Buah Pena Alumni MPR menampilkan Nazira Mohd Noor.
Itu sahaja yang dapat saya sampaikan secara sepintas lalu. Ayuh dapatkan majalah Tunas Cipta keluaran Mei 2012.

Selain itu juga untuk memudahkan saya mengikuti Tunas Cipta, saya mengambil keputusan untuk melanggan Tunas Cipta selama setahun mulai Jun 2012. Hajatnya hendak melanggan Dewan Sastera sekali namun kira-kira bajet belum mampu, maka terpaksa ditangguhkan dahulu.

Entah bila hendak membacanya pun saya tidak pasti. Harap-harap saya pandai mencuri masanya nanti.

6 ulasan:

  1. sangat cemburu melihat koleksi buku saudara
    minggu depan baru saya berkesempatan untuk menjelajah memborong buku
    harap tidak lagi kehabisan

    sangat teruja melihat ketupat cinta musim kedua.

    BalasPadam
  2. selamat membaca ke semua buku itu! :)

    BalasPadam
  3. Huhu... usahlah cemburu EN ILHAM, silalah dapatkan koleksi buku ini. Saya harap juga ia tidak akan kehabisan.

    BalasPadam
  4. hasni hanna, insyaallah saya akan manfaatkan segala buku yang dibeli ini.

    BalasPadam
  5. Salam,

    Salam, siapa publisher Buku Perempuan Nan Bercinta ya? Saya tak jumpa semalam :(

    BalasPadam
  6. Salam perkenalan,

    ITBM-Institut Terjemahan Buku Malaysia. Sama juga dengan buku Rindu Ibu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78