Pengikut
Jumaat, 13 April 2012
Mencuba Sesuatu yang Tidak Pernah Dilakukan
Alhamdulillah kerana debaran, segala kekacauan jiwa sehari semalaman sudah langsai hari ini. Tamat Pertandingan Bercerita, Pantun dan Syarahan Bahasa Malaysia peringkat sekolah SJK (C) CHOONG CHEE. Para pesertanya pun sudah mengetahui siapa pemenangnya. Pertandingan ini melibatkan murid dari tahun satu hingga tahun enam. Pertandingan Pantun melibatkan murid tahun satu dan dua, Pertandingan Bercerita melibatkan murid tahun tiga dan empat dan Pertandingan Syarahan melibatkan murid tahun lima dan enam. Saya ditugaskan untuk melatih murid tahun tiga dan empat untuk Pertandingan Bercerita. Tahniah kepada para pemenang dan yang tidak berjaya cuba lagi tahun depan.
Paling mengejutkan saya adalah saya dilantik untuk menjadi PENGACARA MAJLIS pada majlis tersebut. Betapa saya sudah menganggapkan dunia ini sudah hendak terbalik. Mana tidaknya bidang yang tidak pernah saya ceburi. Namun sebagai guru bahasa Melayu saya sahut cabaran itu. "Pengalamanlah yang menjadikan seseorang itu matang dalam mengharungi sesuatu situasi," kata rakan guru bahasa Melayu saya.
Nampaknya ada yang memberi respon yang positif. Paling mengujakan apabila saat saya berpantun disebut-sebut oleh beberapa orang guru. Walaupun itu bukanlah pantun ciptaan saya namun sudah cukup meningalkan kenangan.
*Harapan saya selepas ini saya akan lebih berani tampil di hadapan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78
Tiada ulasan:
Catat Ulasan