Assalamualaikum semua. Nampaknya semakin hampir kita menuju ke penghujung Ramadan dan Insya-Allah akan menyambut Aidilfitri.
 |
kredit foto dari scitechie.com |
Pernahkah diri anda dikunci dengan Password ataupun Kata Laluan? Oh, tidak. Segala-galanya kini harus dan perlu menggunakan Password. Adakah masyarakat sekarang ini sudah tidak boleh dipercayai?
Sebenarnya, untuk tujuan apa kita meletakkan Password dalam sesuatu situasi? Adakah untuk menghalang daripada orang lain menceroboh rahsia kita? Adakah untuk melindungi sesuatu rahsia kita daripada terbongkar? Atau apa?
Sememangnya, apabila dunia kini memerlukan Password untuk mengunci setiap apa-apa perkara sekalipun, pasti berpunca daripada soal kepercayaan. Dan, apabila sudah diletakkan Password menjadi satu kerja pula untuk mengingatnya. Kalau hanya satu tempat sahaja tidak mengapa, ini lebih daripada satu itulah yang membuatkan kita bermain dengan teka-teki.
Sebagai gurupun, banyak Password yang perlu diingat, antaranya SPBBS, SPLG, SAPS, EMIS, APDA, E-OPERASI dan ada beberapa lagi.
OH.....Dunia bukan hanya semata untuk mengingat Password.