Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Ini
bukan sampul surat cinta. Ini bukan sampul surat edisi khas tetapi
sampul surat ini setiap satunya merakamkan sejarah penting dalam bidang
penulisan saya.
Sampul-sampul ini terpilih daripada puluhan
sampul yang saya terima sejak dari tahun 2008 hingga 2018 yang mewakili
pelbagai penerbit akhbar, majalah dan buku.
Perincian setiap sampul adalah seperti berikut:
1. Karangkraf
Sampul surat yang berisi surat makluman tentang bayaran honorarium untuk karya saya yang disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita.

2. New Straits Times Press
Sampul surat yang berisi surat makluman tentang bayaran honorarium untuk karya saya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian.

3. Berita Publishing Sdn
Sampul surat yang berisi cek bayaran honorarium untuk karya saya yang disiarkan dalam majalah Jelita.

4. Dewan Bahasa dan Pustaka
Sampul surat ini paling banyak saya terima. Sampul surat ini berisi surat makluman tentang bayaran honorarium untuk karya saya yang disiarkan dalam majalah terbitan DBP. Karya saya pernah disiarkan dalam semua majalah DBP kecuali Dewan Kosmik dan Dewan Ekonomi.

Selain itu, surat yang diterima berkaitan penerbitan buku, HSPM dan lain-lain.
5. Utusan Publication & Distributor
Sampul surat yang berisi cek pembayaran royalti KOMSAS, surat undangan ke majlis HSKU, penerbitan buku audio dan beberapa perkara rasmi yang lain.

6. Utusan Melayu Malaysia Bhd
Sampul surat yang berisi slip pembayaran honorarium untuk karya saya yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Melayu Mingguan.

7. Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Sampul surat yang berisi surat berkaitan penerbitan buku seperti surat penerimaan manuskrip, surat makluman keputusan penilaian manuskrip dan beberapa perkara rasmi yang lain.

8. Utusan Karya Sdn Bhd
Sampul surat yang berisi cek pembayaran honorarium untuk karya saya yang disiarkan dalam majalah Harmoni, Wanita dan URTV.

Sampul surat ini akan kekal menjadi kenangan kepada penulis yang pernah melalui zaman ini.
Jika ada kesempatan, saya berhasrat untuk membingkaikan sampul surat ini.
Wah banyaknya. Saya sempat merasa sampul surat DBP je.
BalasPadamTak pernah terfikir pula untuk kumpul sampul surat..
BalasPadam