Pengikut

Khamis, 15 Disember 2016

Cikgu Kelas Sebelah - Fadli Salleh

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Jika "Dalam Bilik Darjah" tulisan Cikgu Sofuan Saadon menghimpunkan pengalamannya bersama pelajar sekolah menengah, "Cikgu Kelas Sebelah" pula menghimpunkan pengalaman Cikgu Fadli Salleh bersama murid sekolah rendah (Tahun 1, 2 dan 3).

Himpunan pengalaman tersebut disampaikan secara anekdot. Sesungguhnya saya terinspirasi untuk menulis anekdot berdasarkan pengalaman saya sebagai guru sekolah rendah setelah membaca kedua-dua buku ini.

Sebelum ini saya banyak menulis karya kreatif yang selalunya bersifat imaginasi tetapi untuk menulis anekdot sebegini, selalunya perlu jujur dalam menyatakan pengalaman.

Seni penulisan anekdot yang baik, mampu membuncahkan pelbagai rasa; seronok, marah, benci, rindu, cemburu dan lain-lain.

Semua orang ada pengalaman tetapi tidak semua mampu menulis pengalamannya menjadi buku.

Syabas dan tahniah kepada kedua-dua penulis.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. Jujur dulu saya fb friends dengan cikgu fadli ni (sekarang fb dah tutup), tapi setiap tulisan beliau penuh inspirasi.. Alhamdulillah tercapai jugak hajat cikgu nak bukukan pengalaman cikgu.. Moga cikgu fadli sentiasa ceriakan anak2 murid cikgu macam selalu dan ilmu yang curahkan InShaAllah ada ganjarannya.. Ish, nak cari lah buku ni nanti 😁

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78