Pernah atau tidak ibu bapa membelek jadual waktu persekolahan
anak-anak? Jika pernah, pernah atau tidak ibu bapa mengira waktu
persekolahan anak-anak mengikut mata pelajaran yang dipelajari?
Baiklah, saya jelaskan sedikit berkaitan jadual waktu persekolahan murid sekolah rendah mulai 2017.
Ibu bapa jangan terkejut jika jumlah waktu bagi setiap mata pelajaran
sekolah anaknya tidak sama dengan jumlah waktu bagi setiap mata
pelajaran sekolah lain.
Misalnya,
jika sebelum ini diselaraskan waktu PdP Bahasa Melayu Tahap 1 = 12
waktu dan Tahap 2 = 10 waktu. Kini, pihak sekolah boleh mengurangkannya
mengikut minggu PdP yang ditetapkan oleh sekolah masing-masing.
Contohnya, Tahap 1 = 10 waktu dan Tahap 2 = 8 waktu ataupun sebagainya.
Hal ini demikian kerana mulai 2017, pengiraan jumlah waktu PdP telah mengikut jam per tahun. Setiap mata pelajaran diperuntukkan sebanyak jumlah jam tertentu yang telah ditetapkan oleh KPM.
Jadi, akan ada mata pelajaran yang waktu PdPnya bertambah, kurang dan statik. Semuanya bergantung kepada pihak sekolah apabila menyusun mengikut takwim dan minggu PdP masing-masing.
Bahkan, ada sekolah yang akan menjalankan aktiviti kokurikulum pada sesi pagi ataupun selepas waktu akhir PdP. Tetapi masih ada sekolah yang mengekalkan pada waktu petang.
Jadual waktu sesi persekolahan 2017 dilihat lebih fleksibel.
Untuk makluman semua, mulai 2017 mata pelajaran Dunia Seni Visual dan Pendidikan Muzik akan digabungkan dan membentuk mata pelajaran Kesenian.
Selain itu, mulai 2017 murid Tahun 1 akan mengikuti KSSR Semakan dan menggunakan buku teks baharu.
Mohd Helmi Ahmad
Info Menjelang Persekolahan 2017

Salam Tahun Baru 2017 :)
BalasPadam