Assalamualaikum.
Sfera Bersegi Lima, menjadi pertaruhan pertama penulis muda berbakat besar ini. Kumpulan cerpen remaja ini menghimpunkan 13 cerpen awal pembabitan beliau dalam bidang penulisan.
Entah, saya begitu tertarik setiap kali kumpulan cerpen remaja diterbitkan langsung teruja untuk memilikinya. Setakat ini saya telah memiliki kesemua kumpulan cerpen remaja yang diterbitkan oleh ITBM.
Barangkali keterlibatan saya dalam penulisan remaja membuatkan saya ingin meninjau apa yang penulis lain tulis, adakah buku tersebut sesuai dengan konsep sastera remaja ataupun sebaliknya.
Saya mengenali penulis melalui cerpen Ranah Marga Rusuhan yang juga telah memenangi HSKU 2012. Ketika itu kami duduk semeja pada majlis penyampaian hadiah, tetapi Fathul menang hadiah utama saya hanya hadiah penghargaan.
Bagi saya dengan penerbitan buku ini setidak-tidaknya dapat menambah bahan bacaan untuk remaja khasnya. Tahniah dan syabas kepada Fathul Khair Mohd Dahlan.
ITBM kali pertama akak dengar penerbit ni... thanks for sharing sis
BalasPadam