Assalamualaikum.
Bukan kali pertama saya dengar, baca dan perhatikan yang mana kerjaya guru dipersendakan. Paling ketara apabila masyarakat memandang kerjaya guru kerjaya yang banyak cuti. Setahun persekolahan, guru mendapat pelbagai cuti termasuklah cuti bencana.
Baru-baru ini terbit satu sketsa karikator di sebuah akhbar yang seolah-olah mempersendakan kerjaya guru. Oh, sebagai seorang guru, saya amatlah kecewa dengan tanggapan ini. Bagi saya, setiap kerjaya mempunyai peranannya sendiri.
Betullah mengikut pekeliling, guru hanya bertugas lima hari seminggu dari jam 7.30 pagi dan ada yang sudah menamatkan waktu persekolahan pada jam 1.30 tengah hari. Jika di sekolah menengah boleh mencecah jam 2.30 petang.
Namun itu masa rasmi waktu bertugas seorang guru. Bagaimana pula dengan waktu tidak rasmi? Kerja-kerja guru tidak pernah selesai setakat waktu rasmi itu sahaja. Adakala berlarutan hingga petang dan malam serta hujung minggu juga.
Berbanding kerjaya lain, pelanggan guru ialah murid. Murid itu ialah manusia. Bukan mudah untuk berurusan dengan manusia. Pepatah ada mengatakan, doktor jika tersalah bagi ubat akan rosak seorang itu sahaja, tetapi guru jika tersalah mengajar akan rosak semua generasi muridnya.
Tugas mencabar guru kini yang bukan sahaja mengajar di dalam kelas sedikit sebanyak memberi tekanan kepada guru. Bahkan kerja-kerja itu tidak siap jika dilakukan hanya pada waktu persekolahan rasmi sahaja. Oleh itu, kerja-kerja itu akan dilakukan di luar waktu bekerja. Jika hendak disenaraikan tugas lain sudah tentulah banyak dan tugas itu tidak tetap yang itu-itu sahaja.
sebenarnya kalau ikutkan, mana-mana guru pun sedia maklum bahawa tugas sebagai pendidik memang tidak kan berhenti meskipun waktu tugas rasmi sudah tamat.Guru lakukan itu semua bukan kerana ingin meraih penghargaan, bahkan ada kala tiada siapa tahu pengorbanannya, semuanya diusahakan dengan sabar demi kejayaan dan kemudahan murid-muridnya..
BalasPadamIni pun terpulang pada perspektif masing2. Mungkin karikatur hanya mengusik saja, bukanlah nak ambil mudah tugas guru. Semua orang tahu tugas guru amat mencabar bagi guru yang berdedikasi. Hanya yang tak cerdik saja befikiran sebaliknya. Tapi masih ada yang memilih kerjaya guru kerana mindset sebegini.. Mengecewakan...
BalasPadamSalam Helmi, anggap lah karikatur tu sekadar gurauan saja... jgn ambik serius sgt... rasanya ramai yang dah tahu bagaimana sebenarnya kerjaya seorang guru... Bukan guru je yang menjadi bahan lawak... karikatur begini kalau di teliti betul2 ada maksud lain yang tersirat.. mcm org tua-tua kata, pukul anak sindir menantu...
BalasPadam