Pengikut

Isnin, 5 Oktober 2015

Tukar Sim Card Rosak Tapi Masih Boleh Guna Nombor Telefon Sama

Assalamualaikum.



Siapa yang tak gelabah apabila telefon pintarnya tertera ayat ini; "Mobile Network Not Available". Pada mulanya saya ingatkan mungkin pada ketika itu "line" tidak ada. Namun keesokannya pun masih begitu, saya sudah mengagak bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada telefon saya. 

Jadi saya mengambil keputusan untuk ke kedai telefon yang berdekatan. Setelah diperiksa, sah sim card nombor telefon saya rosak. Setelah 10 tahun saya menggunakan sim card nombor ini, akhirnya menemui titik penamat.

Saya mempunyai pilihan sama ada:

1. Menukar sim card baharu dengan nombor baharu
2. Menukar sim card baharu tetapi masih mengekalkan nombor lama ataupun 
3. Menukar sim card baharu dengan mengekalkan nombor lama tetapi menggunakan perkhidmatan lain seperti Diggi.

Saya mengambil keputusan untuk menukar sim card baharu tetapi masih mengekalkan nombor lama. Oleh itu, saya bergegas ke Maxis Centre. 

Cara menukar sim card rosak tapi masih mahu menggunakan nombor telefon sama

1. Di Maxis Centre, beritahu kepada penjaga kaunter perkhidmatan itu bahawa sim card anda rosak. Tetapi anda masih mahu menggunakan nombor telefon yang sama. 

2. Anda dikehendaki memberikan kad pengenalan kepada penjaga kaunter perkhidmatan tersebut.

3. Anda juga dikehendaki mengisi borang dan beberapa maklumat pada borang tersebut seperti nama penuh, nombor telefon asal, nombor kad pengenalan dan tandatangan.

4. Anda dikehendaki membuat pengesanan cap ibu jari kanan untuk mengesahkan nombor telefon itu sememangnya milik anda yang sah berdaftar. 

5. Bayaran penukaran sim card baharu adalah RM10 sahaja.

Selesai.


15 ulasan:

  1. saya dah pakai 18 tahun pakai no sama... tp baru hr ini rosak!!!

    BalasPadam
  2. Macam mana kalau sim bukan atas nama saya

    BalasPadam
  3. Boleh tak nk tukar sim card digi yg baru ssb micro nya dah tak rupe bentuk dh....

    BalasPadam
  4. nak kena bawa kad sim lama tu ke

    BalasPadam
  5. Kena bayaran tak kalau card sim rosak tukar baru ?

    BalasPadam
  6. Number celcom rosak tpi nk tukar kepada line lain blh ke

    BalasPadam
  7. Kalau kita suruh kawan untuk tukar simcard rosak dkt maxis centre bolh ker? Atau kita sendiri yg kena pergi sana...

    BalasPadam
  8. Macam mana kalau kita hanya call pgi center celcom sahaja,? Sbb sini tak dak kaunter pkhidmatan bagai mcm tu

    BalasPadam
  9. Aritu da tuka sim baru nombor lama tapi contact smue hilang cmne nk dptkan balik?😢

    BalasPadam
  10. Nktanye...perlukan kad pengenalan original,ataupun kad pengenalan sementara boley ke?

    BalasPadam
  11. Saya dah guna sim kad sama 15 tahun dah,arini bukak2 dah mereput simkad terus xleh pkai..nasib boleh rujuk blogspot nih..syg nk tukar no baru no lame rmai2 mmber family sedara kang lost contact mne nk cari

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78