Pengikut

Jumaat, 2 Oktober 2015

Guru yang Menulis

Assalamualaikum.


Saya tidak pernah berhenti mempromosikan buku saya. Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa dan Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan. Salah satu bentuk promosi yang saya lakukan adalah melalui pertukaran buku sesama penulis. Terkini, saya buat pertukaran buku dengan dua orang penulis. 

Ops Dabai dan Kekasih Alam merupakan karya Salleh Hashim. Salleh Hashim merupakan seorang guru. Kedua-dua novel ini merupakan hasil daripada Program Pengkarya Guru. Sememangnya, program ini amat bermanfaat dan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat guru yang minat menulis. Barangkali ada guru yang minat menulis, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya dan menyalurkan manuskrip tersebut. Dengan adanya program sebegini, guru akan terbimbing. 

Kumpulan Cerpen: Labah-labah Berkaki Lapan pula merupakan tulisan Syikin Zauzi. Kumpulan cerpen ini mengandungi 12 buah cerpen terbitan ITBM. Saya berharap, penulis akan terus menulis dan menghasilkan karya yang bermutu untuk bacaan masyarakat.

Saya amat berbesar hati apabila penulis-penulis menyambut baik pelawaan saya untuk bertukar-tukar buku. Tujuan saya hanya untuk menyemarakkan dunia penulisan, penerbitan dan pembacaan. 

4 ulasan:

  1. assalamualaikum. Selamat berblog cikgu. Lama tak menyapa.

    BalasPadam
  2. sy nih bukan ulat buku tp seriously kalau tgk cover die rasa macam nak beli jer..hehe..menarik

    BalasPadam
  3. Cover buku tu buat org tertarik nk baca .

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... terima kasih Tetamu Istimewa... ulasan anda tentang buku atau novel saya memberikan suatu suntikan agar terus berkarya. Terima kasih, saya sangat menghargai. Saudara Luqman Zakaria, memang betul, ungkapan don't jude the book by it cover sudah ketinggalan. Kini era penampilan kulit buku juga menjadi perhatian pembaca. Gembira berkenalan dengan saudara. Ako Si Ain... nama yang unik... setuju dengan pandangan saudara/i juga... selamat membaca dan menyokong industri buku kita. Kalau tidak kita , siapa lagi...:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78