Pengikut

Isnin, 15 April 2013

Cerita Menjelang Pesta Buku PWTC 2013

Sudahkah anda membaca cerpen di BH Ahad dan Mingguan Malaysia hari ini? Itulah rutin saya setiap pagi Ahad. Selepas tema yang termuat dalam kedua-dua akhbar ini berkaitan Pencerobohan di Lahat Datu, kini temanya beralih pula pada Pilihanraya. 

Beberapa hari lepas, ayah saya ada menelefon saya dan memberitahu bahawa bayaran cerpen saya yang disiarkan di Dewan Budaya, Mac 2013 telah masuk. Dan bayarannya di luar jangkaan saya. Selama ini paling minimum saya menerima untuk bayaran sebuah cerpen ialah RM 80.00, dan paling banyak saya dapat RM 200.00 iaitu bayaran dari Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Tetapi, bayaran untuk Dewan Budaya lebih daripada itu. Alhamdulillah. Bolehlah nanti duit itu saya gunakan untuk 'berborong' di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC yang tidak lama lagi bakal berlangsung. Senarai buku telah pun dibuat. Kebanyakkannya buku dari penerbitan ITBM. 

Kumpulan Cerpen
1) 3 Kuntum Hujan - Darma Mohammad
2) Sejingga Musim Luruh - Ghazali Lateh
3) Pemberani - Norhisham Mustaffa
4) Ayam Patah Kepak - Hafizah Iszahanid
5) Hanya Batu Nisan - Mad Sakiran Sulaiman







Kumpulan Puisi
1) Perjalanan Teluki - Tuah Sujana
2) Negeri Wangi - Ramlie A.R
3) Tercipta dari Tanya - Anwar Ridhwan


Novel
1) Pagi di Hujung Senja - Kathrina Susanna Tati

Buku Umum/Penulisan
1) Tip Mengarang Cerita Kanak-kanak 
2) Jom Menulis - Marsli N.O (Utusan Publications)



P/S Sumber foto daripada Facebook ITBM

Senarai ini akan bertambah sehingga menjelang PBAKL nanti. 

7 ulasan:

  1. wah...Tahniah ye Cikgu Helmi..boleh la beli buku banyak-banyak nanti.

    jika sudi berkongsi,boleh saya tahu jumlah honorarium cerpen untuk Dewan Budaya?

    selamat membeli-belah di Pesta Buku (^_^)

    BalasPadam
  2. Ya, saudari nazurahmk. Bolehlah saya menambahkan koleksi bacaan saya.

    Untuk cerpen di Dewan Budaya akan dibayar RM 300.00.

    Selamat membeli-belah juga kepada saudari. Nanti, jangan lupa kongsikan di blog.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, indahnya hasil menuai tinta di jalan benar.

    Semoga saudara terus dimurahkan rezeki dan dipanjangkan rahmat daripada Allah Maha Esa.

    Selamat mengembara ke dunia pembacaan dan penulisan. :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, Cik Hanna. Terima kasih kerana sudi mencoret di sini. Rasanya, sudah lama Cik Hanna tidak menjengah ke sini.

    Selamat!

    BalasPadam
  5. Rezeki untuk pesta buku tu bang helmi. hehe.

    Sue pun dah geram tengok buku-buku terbaharu ITBM. :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, Sue. Pelaburannya berbaloi.

    Rasanya kena peruntukan perbelanjaan yang banyak untuk PBAKL nanti. Nak sambunglangganan majalah DBP lagi. Huhuhu

    BalasPadam
  7. Saya banyak membaca blog saudara, kemudian memberi komen dalam hati. hehe...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78