Pengikut

Sabtu, 12 Mei 2012

Perlukah Saya Pasang Belanga di Atas Bumbung Rumah?


kredit daripada blog enciknakal



Sesekali elok juga saya berbicara di luar bidang penulisan. Menonton perlawanan bola sepak Liga Malaysia adalah antara minat saya. Namun sejak saya diam di Batang Kali ini, aduh... siaran TV 1 tidak kedapatan. Saya tidak tahu mengapa. Barangkali ketidakcapaian antenanya ataupun apa.

Hanya orang yang memiiki belanga di atas bumbung rumah sahaja yang mampu menikmati siaran TV 1. Mulanya saya ingatkan tivi di rumah saya yang rosak namun setelah bertanya dengan rakan-rakan di sekolah mereka menyatakan bahawa di kawasan Batang Kali dan Hulu Yam ini sukar untuk mendapat siaran TV 1. 

Jadi kalau hendak menonton siaran TV 1 saya perlu memasang belanga di bumbung rumah saya?????

Jadual di atas merupakan kedudukan terkini perlawanan Liga Super 2012. Harapan saya Kedah akan terus meningkatkan prestasi dan mula mendaki kedudukan. Lupakan kekecewaan gagal layak ke final Piala FA. PULUN KEDAH PULUN.

*Nanti saya nak masak pakai apa pula kalau belanga di dapur saya saya pasang di atas bumbung rumah.

2 ulasan:

  1. oh, rupa-rupanya saudara juga adalah peminat bola sepak tempatan.

    saya peminat Johor FC. rajin juga ke stadium Pasir Gudang menonton perlawanan Liga Super :)

    BalasPadam
  2. Ya, saya antara peminat bola sepak tempatan.

    Pasukan Sang Kenari menjadi pujaan hati.

    PULUN KEDAH PULUN.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78