Pengikut

Isnin, 7 Mei 2012

Cerpen: Pulut Durian Santan Kelapa di Berita Minggu



Sebelum itu eloklah saya panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana tidak jemu mendengar doa ini. Terima kasih Ya Allah. 

PULUT DURIAN SANTAN KELAPA yang disiakan pada 6 Mei 2012, di BERITA MINGGU merupakan cerpen keempat saya yang mendapat tempat di ruangan Sanggar Kreatif BM ini. Sekalung terima kasih kepada editor BM yang tidak jemu melayan karya saya saban bulan malah saban minggu.

Sebenarnya untuk menunggu cerpen ini disiarkan saya telah mencuba dengan beberapa cerpen lain namun masih buntu untuk menembusi tembok BM yang kali terakhir pada tahun 2010 menerusi cerpen MERCUN DARI KUALA LUMPUR. Rindu yang mendalam untuk melihat cerpen terpampang di BM tidak mematahkan usaha saya untuk terus menghasilkan karya yang bermutu dan memenuhi kehendak BM.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang tidak jemu mengutuskan ucapan tahniah. Kepada guru saya Dr. Kamariah Kamarudin yang sentiasa menyokong saya dari belakang. 


10 ulasan:

  1. Tahniah Helmi, teruskan berkarya!

    BalasPadam
  2. assalamualaikum,
    saya tersentuh ketika membaca cerpen ini.. sy masih menunggu cerpennya kalau ada dimasukkan di dalam blog untuk simpanan sebab suratkhabar yg saya beli entah ke mana perginya..

    BalasPadam
  3. assalamualaikum, cerpennya sangat menarik.

    BalasPadam
  4. cerpennya sangat menarik.. :)

    BalasPadam
  5. Terima kasih Citra Zura. Sokongan rakan-rakan membuatkan aku bertambah bersemangat untuk terus menulis.

    BalasPadam
  6. Waalaikumusalam, saudara Safwanrazali salam persahabatan.

    Terima kasih kerana sudi singgah di Teratak Tetamu Istimewa ini.

    Alangkah terharunya saya kerana ada yang membaca dan menghayatinya cerpen tersebut. Insyaallah, sekiranya ada yang ingin membacanya akan saya terbitkan di blog nanti.

    BalasPadam
  7. Terima kasih Dr. Kamariah, guru yang dikasihi. Alhamdulillah akan saya terus untuk menyemarakkan dunia penulisan ini untuk berkongsi serba sedikit.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78