Pengikut

Ahad, 19 Februari 2012

Semerbak Puisi-Khadijah Hashim


Tajuk: Semerbak Puisi (Kumpulan Puisi Kanak-kanak)
Penulis:Khadijah Hashim
Penerbit: K Publishing Sdn. Bhd
Tahun: 2004
Harga: RM 15.00

Pertama kali saya melihat rupa paras kulit luarnya saya sudah tertarik. Apatah lagi membaca baris yang mencatatkan nama penulisnya ialah Khadijah Hashim. Saya rasa sudah ramai yang mengenali beliau setelah naskah yang pernah dijadikan teks kajian sastera diangkat pula menjadi teater. Penangan Badai Semalam saya kira sudah cukup memperomosikan nama Khadijah Hashim. Bakat yang dimiliki Khadijah Hashim sebenarnya bukan sahaja terjurus kepada bidang penulisan sahaja bahkan lukisan juga. Jadi tidak hairanlah lukisan berus Cina yang menghiasi latar puisi  di dalam Kumpulan Puisi Kanak-kanak ini sangat mengagumkan saya.

Khadijah Hashim membuktikan genre sastera puisi bukanlah diperuntukkan khusus untuk golongan dewasa yang berminat dalam dunia kata-kata. Malah kanak-kanak juga layak untuk menghayatinya. Dengan harapan puisi-puisi yang terhimpun dalam kumpulan puisi ini sedikit sebanyak dapat mendidik, mendekatkan lagi kanak-kanak dengan seni sastera. Kumpulan puisi ini disusun mengikut tahap iaitu daripada puisi yang mudah kepada puisi yang agak sukar. Khadijah Hashim juga menyatakan bahawa petua ringkas untuk menghayati puisi adalah dengan cara membacanya berkali-kali. Pengulangan tersebut akan menerbitkan pemahaman dan rasa cinta akan puisi.

Tema yang dipilih dalam mengungkapkan puisi dalam kumpulan puisi ini dilihat mengambil unsur yang lebih dekat dan berlegar dipersekitaran kanak-kank itu sendiri. Sebagai contoh, burung, buku, teratai, arnab, angin, abang, senja, penyu, hujan, malam, kawan dan sebagainya. Pemilihan diksi yang mudah dan tidak berlapis menjadikan puisi-puisi ini nampak santai tetapi itu tidak bermakna ia tidak mempunyai unsur seni yang tinggi. Tahniah diucapkan kepada Khadijah Hashim. Di sini dapat diturunkan sebuah puisi. 

Senyum Daun Muda

Lebar senyuman si daun muda
melihat gugurnya sehelai daun tua
kuning layu tidak berguna
tempatmu akan diganti daun muda
hijau dan segar berseri.

Daun tua melayang jauh
menghampar diri menutup bumi
rela menerima giliran sambil berpesan:
Jangan terlalu gembira tertawa
daun muda akan menjadi tua!

Khadijah Hashim 

Diharap selepas ini akan muncul lebih banyak lagi kumpulan puisi kanak-kanak. 


4 ulasan:

  1. Maaf laptop ayahnda kurang baik. Cerpen MP Esah Abu Bakar dan sajak Aidid Ab Rahman dan dua penyajak baru. Tahniah. Tk.

    BalasPadam
  2. Oh iya ke...maaflah menyusahkan ayahanda pula. Bukannya apa sebab di tempat anakanda sekarang ini tidak tahu di mana hendak mendapatkan Mingguan Warta Perdana. Itu yang bertanya dengan ayahanda. Sebab ayahanda pernah memberitahu yang ayahanda tidak terlepas untuk mendapatkan MWP.

    Terima kasih ya.

    BalasPadam
  3. salam helmi...tahniah sebab dh hasilkan banyak karya yang best2..bangga dpt kosmate yg praktikkan apa yg Dr.Lim ajarkan dulu :)

    BalasPadam
  4. Waalaikumusalam Pia, terima kasih kerana sudi jengah blog aku ni. Insyaallah selagi berdaya dan dikurniakan ilham aku akan terus menulis tanpa jemu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78