Pengikut

Khamis, 23 Februari 2012

Persoalannya perlukah penulis memiliki nama yang gah?


Saya tertanya-tanya perlukah seseorang penulis itu menjual namanya? Bagi yang menulis secara eceran tidak kiralah karya itu bergenre puisi, cerpen, rencana perlukah dia menjual namanya untuk memastikan karya-karyanya itu mendapat tempat dalam media. Bagi penulis novel pula harus bagaimana untuk memastikan novel-novelnya itu laris di pasaran. Cukupkah hanya bergantung kepada kualitinya sahaja dalam meraih 'populariti' dalam penjualan.

Persoalannya perlukah penulis memiliki nama yang gah?

Sebut sahaja karya Faisal Tehrani, A. Samad Said, Shahnon Ahmad ataupun Ain Maisarah, Anis Ayuni pembaca-pembaca akan terus membeli tanpa melihat atau membaca dahulu sinopsisnya. Cukup hebat senario ini.

Pembaca-pembaca di luar, sebelum anda membeli sesuatu bacaan apakah yang menjadi kriteria utama dalam pemilihan. Adakah kualiti buku atau nama penulis. Atau kedua-duanya sekali. Jika anda memilih kualiti pasti anda akan membelek-belek dahulu buku tersebut. Paling kurang membaca sinopsisnya di belakang buku.

Tetapi tiba-tiba anda berjalan-jalan di kedai buku anda ternampak nama penulis yang hebat ataupun menjadi kegilaan anda  adakah anda akan terus membeli tanpa membaca dahulu sinopsisnya? Saya percaya dalam kelompok ulat buku atau sesiapa sahaja yang minat membaca pasti dalam kotak fikirannya tersimpan sejumlah nama penulis yang diminatinya. Nampak sahaja nama penulis itu tanpa perlu menyelidiki dahulu sinopsisnya dia akan terus membeli buku itu.

Tentu anda akan pening dengan persoalan-persoalan yang saya bangkitkan di sini. Tetapi itulah hakikatnya. Bagi penulis amatlah kecewa dan teraniaya sekiranya anda memilih untuk memilih nama sebagai kriteria utama anda membeli bahan bacaan. Bagaimana pula nasib penulis yang tidak mempunyai nama. Dengan kata mudah orang tidak pernah kenalpun. Sedangkan karya-karyanya adalah berkualiti.

6 ulasan:

  1. bidang penulisan sama seperti bidang nyanyian hiburan. Mungkin mengambil masa untuk seseorang penulis itu berjaya dan namanya dikenali, cuma perlu sedikit kesabaran dalam menunggu saat itu tiba...=)

    BalasPadam
  2. Kesabaran kunci segala-galanya. Ya, biarlah pendakian itu bermula dari bawah. Jangan terus ke puncak akhirnya jatuh kedebuk di tanah tiada siapa peduli.

    BalasPadam
  3. ini mungkin kali pertama saya komen di blog saudara :)

    pertamanya, segan bila saudara jenguk blog saya yang tiada apa-apa tu -_-

    kedua, saudara lebih hebat menulis dari saya! pernah menang hadiah lagi. sangat segan.

    ketiga, moga penulisan kita membawa kita ke arah keredhaan-Nya, inshaAllah :)

    salam menulis :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih saudara shukri kerana sudi bertandang.

    Tiada apa yang perlu disegankan kerana saya juga baru belajar. Barangkali hadiah itu cuma penanda aras, dan rezeki sahaja. Walaubagaimanapun saya tetap bersyukur, kerana diiktiraf.

    Sama-samalah kita bantu membantu dalam memartabatkan dunia penulisan ini. Salam perkenalan sekali lagi dari saya.Moga sudi bertandang kembali ke blog saya ini.

    BalasPadam
  5. Saya suka entri ini. Sebagai ulat buku, saya pasti ingin membelek kandungan isi buku itu dahulu sebelum membelinya. Jika ditulis oleh pengarang yang saya minat, tentunya saya tidak perlu buang masa membelek. Saya hanya perlu nikmatinya di rumah nanti. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Wong, kalau kita dah tahu kualiti penulis itu, bila terpampang saja namanya tanpa perlu berfikir panjang terus sambar saja kan.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78