Pengikut

Rabu, 1 Februari 2012

Masih Banyak yang Perlu Dipelajari

Kredit gambar daripada Utusan Malaysia


Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pemenang-pemenang sayembara mahupun pertandingan penulisan yang telah dianjurkan. Keputusannya ada yang telah lama diumumkan mahupun baru-baru ini. Di sini saya mahu berkongsi dengan rakan-rakan sekalian tidak kiralah yang sudah mengetahuinya ataupun belum.

Pertamanya, Pertandingan Menulis Cerpen Putrajaya Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2011. Antara yang saya tahu Serunai Fakir telah memenangi tempat kedua menerusi cerpen Menebak Cinta Firdausi. Sili klik di sini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. 

Keduanya, Pertandingan Jom Tulis Cerpen anjuran bersama kelab PROSTAR. Tahniah kepada 25 pemenang termasuk sagu hati. Antaranya Ridhwan Zainudin yang memenangi tempat kedua mempertaruhkan cerpen Sisa-sisa Kenangan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut para pemenangnya sila klik di sini.

Ketiganya, Pertandingan Sastera Berunsur Islam. Untuk kali ini dua kategori yang dipertandingkan iaitu cerpen dan lirik lagu. Tidak seperti selalunya yang mana kategori puisi tidak dipertandingkan. Siapakah pemenangnya bolehlah berbuat demikian dengan klik di sini

Nampaknya ketiga-tiga pertandingan yang saya sertai tidak berpihak kepada saya walaupun hadiah sagu hati. Insyaallah saya akan berusaha lebih gigih lagi dan memperbaiki mutu penulisan saya. Walaupun saya tidak nafikan rasa kecewa itu ada. Inilah pertama kali saya menyertai pertandingan menulis cerpen. Sebelum ini saya hanya hasilkan cerpen untuk disiarkan di media penerbitan sahaja. Ternyata komposisi dan kualiti yang jauh lebih sempurna diperlukan dalam menyertai sesebuah sayembara. Pengalaman ini tidak dijual di mana-mana melainkan kita sendiri yang mencarinya, merasainya. Kepada yang turut serta dalam memeriahkan pertandingan ini saya ucapkan syabas kerana penyertaan itu menunjukkan bahawa Malaysia masih mempunyai ramai penulis berbakat.

6 ulasan:

  1. Assamualaikum wrt. Tahun 90an ayahnda pernah juga menang sagu hati menulis cerpen unsur Islam. Tidak dapat maklumat tentang peraduan itu. Harap anaknda bagitahu ayahnda kalau peraduan seumpama itu diadakan dimasa-masa yang akan datang. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam, insyaallah sekiranya ada peraduan atau pertandingan seumpama itu akan anakanda khabarkan.

    BalasPadam
  3. Sama-sama ayahanda. Dan tahniah atas kemenangan untuk cerpen berunsur Islam itu.

    BalasPadam
  4. Saya suka melewati penulisan saudara terdahulu. Rupanya saudara seorang penulis cerpen tegar! Oh malu saya dibuatnya apabila bertemu pakar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat terharu sebenarnya dengan kesungguhan Wong untuk membaca entri lama saya.

      Saya bukan pakar Wong, tapi saya belajar melalui pengalaman. Siapalah saya waktu ini jika hendak dibandingkan dengan penulis yang lain.

      Kalau pakar mesti terselit nama antara pemenang ni. Namun begitu, kalau kita tak cuba, kita tak tahu sejauhmana kemampuan kita.

      Bagaimanapun sayembara tidak melambangkan seratus peratus kualiti penulis tersebut kerana penulis akan menulis mengikut kehendak penganjur.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78