Pengikut

Ahad, 8 Januari 2012

Tahun 2012 Satu Permulaan Baik

Sudah beberapa hari saya tidak mencatat sesuatu di blog ini. Bukan tidak mahu mencatat tetapi mood untuk mencatat itu tidak ada. Sudah seminggu saya kembali ke tempat kerja. Bermacam-macam kerja sudah menanti. Harap-harap segala-galanya berjalan dengan lancar.

Semalam hari sabtu saya ke Pudu Sentral untuk membeli tiket balik kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Harganya boleh tahan. Selalunya saya membeli dengan harga RM 39.00. Tapi disebabkan Tahun Baru Cina naik hingga ke RM 43.00. Ada yang mencecah RM 45.00. Walau apa-apa pun dek kerana semangat nak balik saya beli juga. 

Berbalik kepada tajuk entri kali ini saya bersyukur kerana tahun 2012 membuka lembaran yang baik bagi saya. Dalam lapangan penulisan semua penulis berharap karya-karya mereka mendapat tempat dalam media cetak. Dengan harapan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Begitu juga dengan saya. Walaupun karya yang dihasilkan adalah pada tahun lepas tetapi bertuah disiarkan pada tahun ini. 

Ada beberapa karya saya sudah tersiar di beberapa media. Tetapi biarlah saya berkongsi cerpen yang pertama ini yang tersiar di HARMONI, 15-30 Januari 2012. Berkisar kepada dunia kanak-kanak meningkat remaja. Saya rasa anda semua pernah melaluinya. Kenang kembali zaman awal persekolahan yang banyak menyimpan memori sama ada suka atau duka.  



Ikuti bagaimana Adik menempuh dunia barunya dalam DUNIA BARU ADIK.  


Berjayakah Adik mengharungi cabaran dalam dunia yang serba baru?  Mampukah Adik keluar dari dunia yang 'mengindahkan' selama ini? Semuanya akan terjawab sekiranya anda membacanya di HARMONI. Sokongan anda sangat dihargai.


Selamat Membaca! 

2 ulasan:

  1. Tahniah, saudara.

    Permulaan yang baik. 2 cerpen dalam satu bulan. ini yang saya tahu, yang saya belum tahu, pasti sudah ada. adakah di media lain karya saudara?

    BalasPadam
  2. Terima kasih hasni hanna.

    Ya alhamdulillah. Bulan ini masih ada karya saya yang tersiar. Terutama cerpen. Akan saya beritahu kemudian di entri terbaru. Nantikan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78