Pengikut

Selasa, 29 Mac 2016

Tawaran Istimewa ITBM Sempena PBAKL 2016 Maeps Serdang

Assalamualaikum.


Ini antara yang menarik dan yang ditawarkan ITBM sempena PBAKL 2016.
ITBM juga telah menerbitkan buku saya, iaitu Tetamu Istimewa (memenangi HSPM 2014) dan Madu di Tangan.
Dapatkan buku tersebut di sana atau PM saya sekarang untuk tawaran harga istimewa.

Banyak orang bertanya kepada kami, apa yang menarik di reruai ITBM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tahun ini?
Jawapan kami;


1- Banyak diskaun dan tawaran istimewa setiap kali membeli buku ITBM. Ada diskaun 70%, ada buku RM5, ada buku RM10, beli 5 buku dapat diskaun 40% dan banyak lagi. 

2- Banyak buku baharu setentunya!

3- Banyak aktiviti menarik; Wawancara Sofa Putih dan pelancaran buku lagi!

4- Beli buku ITBM minimum RM50, berpeluang terbang ke Istanbul bersama @astraholidays! 


Jadi, jangan lupa ke reruai ITBM di#pestabukuantarabangsakualalumpur pada 29 April - 9 Mei di #Maeps #Serdang ya #bukuitbm #buku#itbm #pestabuku #pbakl #bukumurah




Sabtu, 26 Mac 2016

Koleksi Novel Remaja Terbitan DBP - Tahun 1991

Assalamualaikum.



Pada tahun 1990, DBP telah menganjurkan Peraduan Menulis Novel Remaja. Pada ketika itu Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip telah mendapat tempat pertama, kedua Seteguh Karang oleh Tuan Faridah Syed Abdullah dan ketiga Tekad oleh Nazel Hashim Mohamad.


Hadiah penghargaan pula dimenangi oleh Darma Mohamad dengan karyanya berjudul Menjaras Ribut, Sisa-sisa Planet oleh Zailiani Taslim, Tragedi Bujang Senang oleh H.M. Tuah Iskandar, Jalinan Kasih karya Mohd Ismail Sarbini dan Di Sinilah Akhirnya nukilan Zahari Affandi. Kesemua novel ini diterbitkan pada tahun 1991. 

Sejumlah novel remaja juga terbit pada tahun 1991. Saya tertanya-tanya adakah novel remaja ini hasil penyertaan peraduan ini? Jika ya, saya kira DBP telah berjaya mencungkil bakat dan mengundang senjumlah penulis untuk menghantar karya dan sekali gus layak diterbitkan walaupun tidak menang.

Antara novel remaja tersebut yang saya miliki ialah Pelayaran ke Timur - Hablum Ta'at, Diari Dua Dunia - Mohd Ghazali Tocheh, Janji - Azmah Nordin, Senang-senang Air di Kuala - Lokman Dollah, Sketsa Semalam - Zahari Affandi, Di Hujung Perjalanan - Siti Aminah Hj Yusuf, Takdir dan Harapan - Wahba, Bunga-bunga Pergunungan - Azman Abdullah, Di Bawah Lembayung - S.M. Zakir dan Selendang Anum - Lim Swee Tin.


Sabtu, 19 Mac 2016

Koleksi Kumpulan Cerpen Remaja ITBM 2012 hingga 2016

Assalamualaikum.



Lengkap 15 kumpulan cerpen remaja yang diterbitkan oleh ITBM daripada tahun 2012 hingga 2016 (hingga Mac 2016) yang saya miliki.
ITBM memulakan penerbitan kumpulan cerpen remaja menerusi Inspirasi Cinta - Rozninah Abd Azib (2012) hingga judul terkini Senyum Ayah - Hasni Jamali (2016).
Daripada 15 judul kumpulan cerpen remaja yang diterbitkan oleh ITBM, dua daripadanya pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) iaitu menerusi Inspirasi Cinta (2012) dan Tetamu Istimewa (2014).
Setakat ini 10 judul kumpulan cerpen remaja yang diterbitkan itu ditulis oleh penulis perempuan, selebihnya lelaki.
Seorang penulis bukan Melayu berjaya memecah dominasi penerbitan kumpulan cerpen remaja daripada penulis Melayu.
Farahana Hussain menjadi penulis satu-satunya setakat ini yang menerbitkan dua kumpulan cerpen remaja bersama ITBM.
Senarai lengkap kumpulan cerpen remaja terbitan ITBM:
1. Inspirasi Cinta - Rozninah Abd Azib (2012)
2. Tetamu Istimewa - Mohd Helmi Ahmad (2014)
3. Janji Delila - Rusila Husain (2014)
4. Dunia Papionini - Sarah Samsudin (2014)
5. Pari-pari Syurga - Farahana Hussain (2014)
6. Sarang Tempua di Taman Ayah - Abdul Razak Husin (2014)
7. Ralat - Alias Ismail (2014)
8. Teratak Berjasa - Wan Hanif Wan Hamid (2015)
9. Tasbih Cinta Si Tua - Nurul Najwa Ahmad (2015)
10. Insan Mulia - Yong Chwan Fwu (2015)
11. Kek Keju Bersira Nasi - Ayudez Fia (2015)
12. Makhluk Kecil Tuhan - Farahana Hussain (2015)
13. Saya Ingin Terbang Bersama Hudhud - Nur Suhada (2016)
14. Sfera Bersegi Lima - Fathul Khair Mohd Dahlan (2016)
15. Senyum Ayah - Hasni Jamali (2016)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78