Pengikut

Ahad, 22 Disember 2019

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Darul Iman (HASDI) IV/2019

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



BAHAGIAN A - BUKU (PERSEORANGAN) 

NOVEL UMUM 
Hadiah Utama 
Hujan Dinihari, DBP 2017 - Syed Mohammad Nor Tuan Long 

BUKU SASTERA (ESEI) 
Hadiah Penghargaan 
Kisah Menulis, Buku Nadir 2018 - Marsli NO

BUKU SASTERA (KRITIKAN/KAJIAN) 
Hadiah Penghargaan 
Inti Sari Teori Sastera: Barat dan Malaysia, NHA 2018 - Abdul Halim Ali

BIOGRAFI/AUTOBIOGRAFI
Hadiah Penghargaan 
Kembara, Sebuah Autobiografi, Sharif Kreatif 2018 - Tuan Sharif Tuan Putera 

DRAMA TV
Hadiah Utama 
Senja Lara, Sharif Kreatif 2018 - Syed Mohammad Nor Tuan Long

KUMPULAN PUISI UMUM 
Hadiah Utama
Nokturna, Kata Pilar 2018 - Karim Mohd 

Hadiah Penghargaan 
Sajak-sajak Ketika, UUM Press 2018 - Nawawee Mohammad 

KUMPULAN CERPEN UMUM 
Hadiah Utama 
Tentang Aku & Perempuan Sigaret, Roman Buku 2017 - Mohd Anas A'denar 

KUMPULAN PUISI REMAJA 
Hadiah Utama
Potret Kemesraan, DBP 2017 - Hilmi Rindu 

NOVEL REMAJA
Hadiah Utama 
Rindu Syonan To, UP&D 2017 - Husna Nazri 

Hadiah Penghargaan 
Kembara Lensa Eisya, Roman Remaja 2018 - Mohd Zakri Derahman 

KUMPULAN CERPEN KANAK-KANAK
Hadiah Utama 
Kalau Abah Dapat Gaji, ITBM 2018 - Samiron Rahmat 

Hadiah Penghargaan 
Dirma Penyu Gergasi, DBP 2018 - Bahtiar Omar 


BAHAGIAN B : PUISI ECERAN 

CERPEN KANAK-KANAK
Hadiah Utama 
Kerana Nabila, BH - Samiron Rahmat 

Hadiah Penghargaan 
1. Balambang, Asuh - Abdul Rasid Kassim 
2. Bunga Matahari yang Bangga Diri, Dewan Pelajar - Abdul Rasid Kassim 

PUISI KANAK-KANAK
Hadiah Penghargaan 
Cuti Sekolah, Antologi Adikarya - Sabariah Nor Salleh 

PUISI REMAJA
Hadiah Utama 
Tamsil Sepohon Beringin, Dewan Siswa - Alias Ismail

Hadiah Penghargaan 
1. Jika Kau Memilih, BH - Hilmi Rindu 
2. Cindai , Antologi Tafakur Rindu - Che Jamilah A Rahman 
3. Lelaki yang Memilih untuk Melukis Warna Merdeka di Hatinya, Mingguan Malaysia - Husna Nazri 
4. Teratak Peradaban, Dewan Siswa - Nur Akmaliah Alias 
5. Inventori Cinta, Dewan Sastera - Samiron Rahmat 

CERPEN REMAJA 
Hadiah Utama 
Averroes dalam Penjara, Mingguan Malaysia - A Muziru Idham 

Hadiah Penghargaan 
1. Rinai di Hujung Pelangi, Dewan Siswa - Bahtiar Omar 
2. Daerah Terindah, Dewan Budaya - Alias Ismail 
3. Raudhah, Dewan Tamadun Islam - Saeed Zubeir Zahari 
4. Berlumba dengan Api, Tunas Cipta - Syafiq Ghazali 
5. Lelaki yang Kehilangan Kata-kata, Tunas Cipta - Karim Mohd

PUISI UMUM 
Hadiah Utama 
Merawat Luka Merpati, Antologi Tukang Puisi - A Muziru Idham 

Hadiah Penghargaan 
1. Senja, Dewan Sastera - Marsli NO
2. Lima Kelopak Kata di Semusim Kesempatan, Mingguan Malaysia - Muhammad Fadzli Talib 
3. Di Negeri Sana, Puisi Diami Rumah Sunyi, Antologi Merekat Retak Cermin Nusantara - Mohamad Asri Mat Husin 
4. Lelaki Itu, Dewan Sastera - Syed Mohammad Nor Tuan Long 
5. Kota Saudagar danRusuh Tengkujuh, Mingguan Malaysia - Husna Nazri 

CERPEN UMUM 
Hadiah Utama 
Daun Merah, Dewan Sastera - Azman Abdullah 

Hadiah Penghargaan 
1. Sepohon Tin di Tepi Masjid, Dewan Sastera - Husna Nazri
2. Lelaki dan Sejalur Bayang, Mingguan Malaysia - Alias Ismail
3. Kaki Hantu, Mingguan Malaysia - Saeed Zubeir Zahari
4. Kelkatu dalam Kopi, Selangorkini - Syafiq Ghazali 
5. Malam Sepi & Tinggi yang Memadai, BH - Karim Mohd 

ESEI SASTERA 
Hadiah Utama 
Sarjana Bangsa dari Perspektif Teori Persuratan Baru, Dewan Sastera - Abdul Halim Ali 

Hadiah Penghargaan 
1. Tekstualiti Kepengarangan: Sanggahan Terhadap Idea Kematian Pengarang, Dewan Sastera - A Muziru Idham 
2. Pemikiran Talib Samat dalam Membicarakan Perjuangan Tulisan Jawi Pak Matlob, Antologi Talib Samat di Mata Kami - Mohamad Asri Mat Husin 
3. Transformasi Sastera Melayu Aabd 21, Mingguan Malaysia - Husna Nazri 
4. Makna Pengarang dan Makna Pembaca, Dewan Sastera - Marsli NO 

DRAMA PENTAS 
Hadiah Utama 
Bauksit, Dewan Sastera - Syed Mohammad Nor Tuan Long 


BAHAGIAN C - PENULIS BERUSIA 21 TAHUN KE BAWAH

KARYA KREATIF
Hadiah Penghargaan 
Pulanglah Sahabat, Dewan Sastera - Azharuddin Alias 



Selasa, 17 Disember 2019

Senarai Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2017/2018

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Kredit gambar kepada Sinar Harian 

Pada 26 November 2019 telah berlangsungnya majlis penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2017/2018 di Balai Seni Budaya, Tun Syed Nasir DBP. 

SENARAI PEMENANG HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM) 2017/2018

KATEGORI A: BUKU

NOVEL: 
1. Ruhaini Matdarin - Hari-hari Terakhir di Jesselton


KUMPULAN CERPEN: 
1. Roslan Jomel - Roden yang Cenderung untuk Bunuh Diri


KUMPULAN PUISI: 
1. Muzaf Ahmad - Sepasang Sayap di Bahu


KAJIAN SASTERA: 
1. Rahimah A Hamid - Proses Kreatif Sensitiviti dan Kreativiti Pengarang


BIOGRAFI/AUTOBIOGRAFI: 
1. Johan Jaafar - Jejak Seni: Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad


KATEGORI B:

CERPEN ECERAN

1. Nisah Haron; Perempuan dan Kain Layang

2. Hafizah Iszahanid; Mulieres

3. Mana Sikana; Di Negeri Pembohong

4. SM Zakir; Cendeng Biawak

5. Saharil Hasrin Sanin; Ops Akliah

6. WB Rendra; Bukan Diksi atau Stanza

7. Clayton Robert; Penjaga Piala

8. Lee Keok Chih; Sentiasa Mencintai Pentas ini

9. Anis; Bukit Janna

10. Zainal Rashid Ahmad; Lain Jalan Bunuh Diri


CERPEN ECERAN REMAJA
1. Salina Ibahim; Anak tanpa Watan

2. Mawar Shafei; Bulan di Gifford Avenue

3. Maskiah Masrom; Bagai Terkurung dalam Perut Paus


PUISI ECERAN
1. Ridzuan Harun; Menghening Sunyi

2. Rosli K Matari; Dari Barus ke Quds terlalu payah, Akhirnya Dijumpai di dalam Rumah

3. Fahd Razy; Catatan yang ditemui dalam tangan Anak Kecil di Lorong Tak Bertanda

4. SM Zakir; Tanahtanah dan Lampulampu

5. Marsli NO; Ketika Sunyi Ini (Tanah Rata)

6. Jelison Jupin; Kaizen Merdeka

7. Ariff Mustafa Hamzah; Cerita Kota 2

8. Rudi Mahmood; Di kala Hujan Luruh

9. Hasyuda Abadi; Pada Hari-hari yang Berharga

10. Roslan Jomel; Di atas Pasir Tertulis Sebuah Sajak.

KATEGORI C:

NOVEL KANAK-KANAK
1. Mass Ruhaiza Ali @ Hamid - Budak California 

KUMPULAN PUISI KANAK-KANAK
1. Mazni Md. Ramly - Menjadi Bintang 

BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK 
1. Ladin Nuawi - Burung Budiman 

KATEGORI D:

NOVEL REMAJA 
1. Lisa Nurisha - Kembara Iman 

KUMPULAN PUISI REMAJA 
1. Hilmi Rindu - Potret Kemesraan 

Bagi edisi 2017/2018 ini menyaksikan nilai hadiah telah dikurangkan. Sebelum ini, bagi kategori A: hadiahnya bernilai RM10,000 tetapi kali ini dikurangkan kepada RM8,000. Bagi kategori B pula, dahulu nilainya RM2,000, kini RM1,500. Manakala Kategori C dan D pula, dahulu nilainya RM5,000 tetapi kini RM3,500 sahaja. 

Beberapa kategori berikut menyaksikan tiada pemenang.
1. Kumpulan Drama 
2. Kumpulan Esei/Kritikan Sastera
3. Kumpulan Cerpen Kanak-kanak 
4. Kumpulan Drama Kanak-kanak
5. Kumpulan Cerpen Remaja 
6. Kumpulan Drama Remaja

Harapan saya, HSPM akan terus dianjurkan bagi mengiktiraf karya penulis tanah air. 


Isnin, 2 September 2019

Bagaimana Saya Mula Membaca Buku?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



BAGAIMANA SAYA MULA MEMBACA BUKU?

Saya suka membaca pengalaman orang lain mula membaca. Pengalaman tersebut mampu mencetuskan inspirasi dan motivasi untuk saya tekal membaca.

Kali ini saya petik pengalaman rakan-rakan bagaimana mereka mula membaca. Pengalaman begini amat berharga dan wajar dikongsikan. Oleh itu, saya kumpul dan susunkan semula untuk dikongsikan bersama.

Ketika umur saya 6 tahun, saya terkena demam campak. Jadi saya dikuarantinkan dan duduk di rumah sahaja padahal ketika itu hujung tahun (cuti sekolah) semua kawan bermain setiap hari di luar. Saya bosan. Suatu hari bapa pulang dengan beberapa buah buku yang dipinjamnya daripada perpustakaan awam untuk saya baca.


Seingat saya, saya mula membaca di kedai buku. Selalu dibawa oleh abah ke kedai buku. Lokasi wajib singgah setiap hujung minggu. Bermula dengan membelek gambar-gambar ilustrasi buku yang cantik, kemudian beralih membacanya setelah mula boleh membaca. Jarang-jarang dapat pergi ke perpustakaan. Seingat saya belum ada perpustakaan awam di tempat saya ketika itu.


3. Suri Noor 
Saya suka berkunjung ke kutubkhanah ketika darjah 4. Petang balik dari sekolah, saya wajib ke sana. Saya baca buku macam-macam. Saya rindu bau buku-buku dalam kutubkhanah dan juga rindu pada muka buku dulu-dulu.


Tok sedara saya simpan buku-buku sekolah anak-anaknya dalam satu almari. Setiap kali cuti penggal, saya pergi ke rumahnya baca novel Inggeris klasik.


5. Shahrul Ahlami Tukiran 
Pada satu hari, pihak sekolah saya menjemput seorang penulis buku datang ke sekolah untuk sebuah program. Penulis itu memberi galakan dan dorongan kepada para pelajar untuk menanam minat membaca ke dalam diri masing-masing. Penulis itu juga mempromosikan buku-buku yang ditulisnya di samping menjual buku-buku yang ditulis oleh penulis lain. Pada masa itu, dengan sumber kewangan yang terhad, saya hanya mampu membeli sebuah komik bertajuk Misi 8A.


Selain itu, penulis juga ada mempromosikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada tahun tersebut. Pihak sekolah juga ada membuat program lawatan ke PBAKL itu. Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menyertai program tersebut.

Oleh sebab saya berasa masih belum puas semasa mengikuti program lawatan ke pesta buku yang dianjurkan oleh pihak sekolah, saya mengajak pula abang dan kakak saya untuk pergi ke pesta buku tersebut pada hujung minggu.

Bermula daripada itulah, saya semakin bertambah minat membaca dan teruja untuk terus menghadiri ke mana-mana pesta buku yang berdekatan. Selain itu, saya juga berasa seronok setiap kali menjejakkan kaki ke dalam mana-mana kedai buku walaupun saya tidak membeli apa-apa buku.

Kakak saya tak gemar belikan saya dan abang alat permainan jadi dia gantikan dengan membeli komik. Minat membaca timbul bila lihat komik-komik yang kakak belikan dan buku-buku cerita kanak-kanak lupusan dari perpustakaan yang berikan oleh kawan ayah.


Rasa rugi menjadi buta huruf ketika itu kerana tak mampu menikmati kesemua bahan bacaan menarik itu maka saya pun bersungguh-sungguh belajar mengeja dan membaca.

Sewaktu di bangku sekolah, saya telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita peringkat daerah. Selepas waktu pengajaran dan pembelajaran, saya akan menghafal skrip cerita sementara anak-anak lain sudah sibuk di rumah. Sejak dari itu, membaca adalah sebahagian daripada diri Emalina dan masih terus menikmatinya.


Ketika di peringat menengah, saya aktif mewakili sekolah dalam pertandingan pantun, forum remaja, Bahas Ala Parlimen sampai peringkat negeri Sabah. Terlibat secara aktif begini memang menjadikan saya seorang pembaca yang aktif.

Saya bermula dengan komik pada zaman kanak-kanak. Pada usia remaja, daripada suka membaca komik, saya beralih kepada novel remaja dan novel thriller. Masuk usia pertengahan 20-an, pembacaan saya mula terarah kepada buku-buku yang lebih berat seperti politik, sains dan keagamaan.


Mak ayah dulu kongkong saya. Tak bagi saya keluar ke mana-mana. Lepas sekolah, wajib balik rumah dan berkurung sampailah esok hari untuk ulang rutin yang sama. Itu menyebabkan saya mencari sesuatu untuk saya isi 'kekosongan' yang ada dan apa yang saya temui adalah buku!


Berbondong-bondong buku saya pinjam daripada pusat sumber. Novel remaja paling kerap saya ulang pinjam. Makin lama apabila makin berusia, bacaan saya juga berubah; kepada novel thriller dan berat. Saya menghabiskan novel RAM pertama ketika saya menginjak usia 12 tahun.

Begitulah cerita bagaimana buku menjadi penyelamat saya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78