Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ini dapat lagi saya menerbitkan entri untuk perkongsian pengunjung Tetamu Istimewa. Malam tadi, semalaman menyiapkan kerja sekolah yang tertangguh. Hari ini akan meneruskan lagi untuk menyiapkan kertas soalan Ujian Bulanan Mac yang bakal dijalankan pada minggu depan.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada blogger Kathy R'bain yang sudi menjenamakan semula "Tetamu Istimewa". Sebenarnya sudah lama saya ingin mengecat semula rumah saya ini yang nampak keusangan dan berat muatannya. Segalanya berjalan lancar apabila Kak Kathy sudi menawarkan bantuan.
![]() |
Tetamu Istimewa |
Keduanya, saya ingin menguvapkan terima kasih kepada blogger-blogger yang sudi menjadi kawan saya atau "follow" blog ini. Alhamdulillah, setakat ini sudah mencecah 902. Sesungguhnya tidak mungkin untuk saya menerjah blog kalian yang semua dalam satu-satu masa. Namun, sekiranya masih ada yang saya terlepas pandang untuk "follow" blog kalian yang telah mengikuti blog saya ini, maklumkan kepada saya.
![]() |
Pengikut Tetamu Istimewa |
Ketiganya, saya berbesar hati untuk mengumumkan Top 10 Komentator Februari Tetamu Istimewa yang Setia Bersama saya. Komen kalian semua amat saya hargai. Ada kala saya tidak sempat hendak membalasnya. Mohon dimaafkan ya. Sebagai penghargaan, saya akan menyenaraikan blog kalian semua dalam Bloglist saya.
![]() |
Top 10 Komentator Februari |
Keempat, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembeli Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM yang terdiri daripada blogger-blogger semua. Antaranya, Mizz Aiza, Kak Anim, Kathy R'bain, Khir Khalid, Mohd Haniff, Wanariahamiza, Yumida (belum sempat pos lagi) dan rakan-rakan saya yang lain. Terbaru Acik Idah yang menjadikan Tetamu Istimewa sebagai hadiah segmen yang disponsornya. Stok buku ini masih ada dengan saya. Kepada yang berminat boleh pesan terus daripada saya.
![]() |
Stok Tetamu Istimewa |
Jika Kau Mahukan Penghargaan, Kau Juga Perlu Menghargai Orang!