![]() |
| sekadar gambar hiasan |
Sewaktu menonton berita sebentar tadi, alangkah sedihnya apabila berita mengenai anak bangsa ditangkap khalwat. Oh, rasanya ini bukan pertama kali cerita dan berita seumpama ini berlaku di malam sambutan tahun baharu. Tidak adakah cara terbaik untuk membanterasnya?
Sewaktu saya menghadiri kursus tahun lepas, saya tertarik dengan cadangan seorang penceramah ini, "cara terbaik membanteras khalwat". Ya, dia menempelak cara pegawai Jabatan Pencegahan Maksiat (JPM) bekerja dan bertindak. Seolah-olah mereka suka pula melakukan kerja tersebut.
Mengapa tidak, pegawai JPM ini merancang satu tindakan yang tidak terjangka oleh pengkhalwat ini. Caranya mudah sahaja, pada malam sambutan Tahun Baharu, pegawai JPM ini perlu duduk dengan memakai baju Pencegah Maksiat di hadapan pintu masuk atau lobi hotel yang dikenal pasti menjadi sarang mereka ini melakukan kerja yang tidak senonoh ini. Jika, mereka ini melihatkan ada pegawai yang sedang berjaga pastilah mereka ini tidak berani untuk masuk atau "chek in" di hotel tersebut. Katanya lagi, "ini barulah betul", bukannya "dah berlaku baru nak serbu".
Namun apa yang dipertontonkan kepada kita selama ini, kejayaan JPM menangkap orang itu orang ini, penuntut itu penuntut ini. Seolah-olah mereka berbangga pula setelah berjaya melakukan operesi tersebut. Bukankah mencegah dahulu lebih baik daripada merawat.





