Pengikut

Isnin, 7 Mac 2016

Kumpulan Cerpen Remaja: Senyum Ayah Terbitan ITBM 2016

Assalamualaikum.



Senyum Ayah - ITBM, 2016 adalah satu kelahiran yang penuh bermakna bagi seorang penulis yang bermula dengan menulis secara eceran. 

Meneliti 14 cerpen yang dimuatkan dalam buku ini, seawal Lara Atma - Tunas Cipta, Oktober 2010 hinggalah Apabila Kembali Nanti - Mingguan Wanita, Januari 2014, seingat saya, saya pernah membaca keseluruhannya secara eceran sebelum cerpen-cerpen ini disatukan hinggalah terbit Senyum Ayah. 

Saya mengikuti perkembangan penulisan Hasni Jamali yang mana adakala jika ada karyanya yang tersiar, pernah saya maklumkan kepadanya. Daripada media tabloid hinggalah arus perdana, saya lihat Hasni seorang penulis yang berdedikasi dalam mengasah kepengarangannya.

Boleh saya katakan Hasni Jamali merupakan penulis seangkatan dengan saya. Namun begitu, Hasni lebih beruntung kerana sebelum buku ini terbit, beliau sudah pernah menyambut kelahiran sebuah buku, iaitu novel.

Barangkali boleh dikatakan membaca Senyum Ayah kita juga akan membaca sosok kepengarangan seorang Hasni Jamali. Adakah Senyum Ayah tepu dengan feminisme?? Anda harus menelaahnya sendiri. Antara cerpen yang dimuatkan dalam kumpulan ini ialah:

1. Bapak
2. Titip Kasih Bunga-bungaku
3. Lara Atma
4. Kerana Takdir Itu
5. Bicara Bertingkah Kasih
6. Senyum Ayah
7. Kelangsungan Cinta
8. Gara-gara Kucen
9. Rona Marhaban
10. Wasilah Cinta Syuhada
11. Terima Kasih Allah
12. Selanjutnya Cinta
13. Kubiarkan Senja Itu Pergi Bersama Janji
14. Apabila Kembali Nanti

Jika berminat untuk memiliki buku ini boleh berurusan dengan penulisnya sendiri. Pasti harga istimewa yang ditawarkan.

Tahniah dan syabas kepada penulis yang melangkah setapak lagi dalam bidang penulisan.



1 ulasan:

  1. Salam berblogging cikgu Helmi.. tahun ni blum dpt berblog seperti sebelumnya... mungkin sikit masa lagi kembali normal, in shaa Allah.

    Tertarik dgn judul buku Senyum Ayah tu... t kasih atas info & perkongsian. Salam ceria selalu... :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78