Pengikut

Isnin, 8 Februari 2016

Senarai Penerbitan Kumpulan Puisi Remaja dari Tahun 2002 hingga 2017

Assalamualaikum.


Kesusasteraan Remaja tidak harus dikesampingkan. Penerbitan kumpulan puisi remaja, tidaklah serancak penerbitan novel remaja.

Tidak banyak penerbit yang "berani" menerbitkan buku puisi untuk golongan sasar ini.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang masih tekal menerbitkan buku puisi remaja.

Kumpulan Puisi Remaja dari tahun 2002 hingga 2017.

1. Bicara Sepi (DBP,2002) - Yumi Zuhanis Has-Yun Hashim 
2. Suluk Cinta (DBP, 2008) - Ridzuan Harun 
3. Umpama Mutiara (DBP, 2009) - Nawawee Mohammad 
4. Pelayar, Belayarlah (ITBM, 2014) - Zaidin Abadi 
5. Haruman Kata-kata (ITBM, 2014) - Nawawee Mohammad 
6. Bercakap dengan Kucing (ITBM, 2014) - Nordin Saad 
7. Mimpi Kotaku (ITBM, 2014) - Hilmi Rindu 
8. Cerita Lima Bulan (ITBM, 2014) - Adnie Bahiah
9. Bercerita dengan Daun-daun (ITBM, 2014) - Jamaludin D.
10. Tidak Begitu Jauh (ITBM, 2014) - Lim Swee Tin 
11. Sajak untuk Permata (Faizrezki Enterprise, 2014) - Abd. Razak Rezeki Othman 
12. Anak Dusun (GEMA, 2014) - Rosli K.Matari 
13. Seriosa Sukma (DBP, 2014) - Azmi Yusoff 
14. Di Padang Ilmu (DBP, 2014) - Jamaludin D 
15. Nota kepada Penyeluk Saku (ITBM, 2014) - Pena Mutiara
16. Musim Hujan (ITBM, 2014) - Hamir Habeed Mohd
17. Bintang Timur (ITBM, 2015) - Amran Ibrahim Rashidi 
18. Mimpi (ITBM, 2015) - Firdhaus Hassan 
19. Langit yang Diam (ITBM, 2015) - Rozlin Adrenalin 
20. Tasbih Rindu (DBP, 2015) - Nurfarhan Hamzah 
21. Madu di Tangan (ITBM, 2015) - Mohd Helmi Ahmad 
22. Cinta Allah (ITBM, 2015) - Hilmi Rindu 
23. Umpama Mutiara (DBP, 2016) - Nawawee Mohammad
24. Aku Orang Kampung (ITBM, 2016) - Wan Noorliza Razali
25. Cermin Adab (ITBM, 2016) - Norazimah Zakaria
26. Pada Pagi Seindah Ini (ITBM, 2016) - Ehsan Jamily
27. Cemanik Bicara (ITBM, 2016) - Siti Hadijah Sunok
28. Diam Mutiara (DBP, 2016) - Nahmar Jamil
29. Ladang Ilmu (DBP, 2016) - Ami Masra
30. Cinta Segenggam Zarah (ITBM, 2017) - Hasni Jamali

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) Kategori Kumpulan Puisi Remaja

*Umpama Mutiara, DBP - Nawawee Mohamad (HSPM 2008/2009)
*Mimpi Kotaku, ITBM - Hilmi Rindu (HSPM 2014)
*Madu di Tangan, ITBM - Mohd Helmi Ahmad (HSPM 2015/2016)

Koleksi ini bukan mewakili keseluruhan terbitan dalam tempoh masa itu.

Apa yang saya senaraikan ini hanya yang ada dalam simpanan saya sahaja. Sebetulnya saya mengumpul dan membaca kumpulan puisi remaja mulai 2014.

Senarai ini akan dikemas kini dari masa ke masa.

* Senarai ini diusahakan oleh Mohd Helmi Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78