Pengikut

Selasa, 17 Mac 2015

Permohonan Biasiswa dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh 2016/2017

Assalamualaikum.



 

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 


Menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara dan Universiti Luar Negara bagi Sesi Pengajian Semester 1 2016/2017. Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik seperti berikut:

A) Peringkat Sarjana 
B) Peringkat PhD

LAMPIRAN A
TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) DENGAN KEMUDAHAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP) UNTUK MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT SARJANA DAN Ph.D BAGI PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI (PPPT) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2014

Kementerian Pendididkan Malaysia menawarkan penajaan skim Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara SEPENUH MASA di peringkat Sarjana dan PhD di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Dalam Negara dan Universiti Luar Negara bagi Sesi Pengajian Tahun 2016.

Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional di dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di Politeknik, Kolej Komuniti dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik seperti berikut:
A) Peringkat Sarjana ( Lampiran A1 )
B) Peringkat PhD (Lampiran A2)

Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan Program Penajaan, Bahagian Biasiswa, KPM , https://biasiswa.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan akan dibuka mulai 16 – 31 Mac 2015. Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan
temuduga.

SYARAT-SYARAT & KELAYAKAN

A. SYARAT UMUM
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti kursus ijazah lanjutan hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan/sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. Mereka juga hendaklah mempunyai kelayakan ijazah pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya. 

B. SYARAT KHUSUS
i. Berumur tidak lebih daripada 43 tahun bagi PhD dan 45 tahun bagi Sarjana pada 31 Disember 2015;
ii. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;
iii. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) (gred 41 dan ke atas) pada tarikh tutup permohonan. Pegawai lantikan tahun 2012 dan ke atas tidak layak memohon;
iv. Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 markah) bagi tempoh 3 tahun genap perkhidmatan (penilaian setahun LNPT genap 12 bulan) berturut-turut (2011, 2012, & 2013 atau 2012, 2013 & 2014);
v. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan;
vi. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat PhD (pencapaian CGPA minimum 2.5);
vii. Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
viii.Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan):
ix. Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar kepada Penjawat Awam seperti berikut:

- Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar melebihi 12 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 2 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya, dan
- Bagi calon yang telah mengikuti cuti belajar kurang daripada 12 bulan tetapi melebihi 3 bulan di dalam atau di luar Negara, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang yang berikutnya sama ada di dalam atau di luar Negara selepas genap 1 tahun tamat mengikuti kursus yang terdahulu dengan jayanya.
x. Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ;
xi. Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
xii. Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah diserahkan kepada urus setia semasa calon menghadiri temu duga; dan
xiii.Syarat Tambahan Bagi Permohonan Pengajian di Luar Negara (boleh diduduki selepas calon berjaya ditawarkan Hadiah Latihan Persekutuan oleh Kementerian ini) :

a) Mendapat tawaran tempat pengajian dan diterima masuk ke universiti dalam senarai 200 universiti terbaik dunia oleh Times Higher Education (THE);
b) Mempunyai kemahiran Bahasa Inggeris sama ada TOEFL 600 (paper based) atau 240 (computer-based) atau 92 (internet-based); atau IELTS sekurang-kurangnya lulus band 6.5 ;
c) Lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara;
d) Lulus tapisan keselamatan di bawah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, JPM; dan
e) Pegawai dan ahli keluarga bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti berikut :

1) Kanser
2) Serangan jantung
3) Pulmonary Hypertension;
4) Penyakit buah pingggang yang kronik;
5) Penyakit hati (liver) yang kronik;
6) Fullminant Viral Hepatitis;
7) Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan;
8) Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak;
9) Melepuh dan melecur kerana kebakaran;
10) Pemindahan organ utama;
11) Penyakit Parkinson; 
12) Penyakit HIV dan AIDS;
13) Pemindahan kaki dan/atau tangan;
14) Skizofrenia;
15) Kecederaan atau kecacatan fizikal yang dialami semasa menjalani latihan atau kursus yang disahkan oleh pakar perubatan Kerajaan dan/atau pakar perubatan yang diperakukan oleh penaja sebagai tidak sihat untuk meneruskan pengajian;
16) Lain-lain penyakit yang disahkan sebagai penyakit kronik dan tidak sihat oleh pakar perubatan Kerajaan dan /atau pakar perubatan yang diperakukan oleh penaja 

PEMILIHAN
Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pemilihan muktamad akan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa Skim Hadiah Latihan Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat hendaklah memohon secara atas talian sepenuhnya di pautan Program Penajaan, Bahagian Biasiswa, KPM, https://biasiswa.moe.gov.my atau melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kesemua dokumen sokongan serta borang perakuan Ketua Jabatan hendaklah dimuatnaik kembali dan permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ’Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan. Permohonan akan mula dibuka pada 16 – 31 Mac 2015.

Senarai salinan dokumen sokongan yang diperlukan ialah seperti berikut :

BIL DOKUMEN FORMAT SAIZ MAKSIMA
1 Gambar berukuran pasport JPEG 280kb
2 Rancangan Penyelidikan (proposal) yang disahkan *Ketua PDF 1.0mb Jabatan / Penyelia (Lampiran A)
3 Transkrip Ijazah Pertama / Sarjana ATAU kedua-duanya PDF 300kb
4 Lampiran Senarai Tugas PDF 320kb
5 Borang Perakuan Ketua Jabatan PDF 400kb

*Nota : Ketua Jabatan adalah Ketua Pengarah JPP/ JPKK/Pengarah Politeknik/Kolej Komuniti
o Klik sini untuk panduan mengimbas dokumen sokongan.
o Klik sini untuk panduan menukar format dokumen softcopy ke format PDF.

PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6 , Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA

(u.p. : Cik Jihan Ajla binti Nordin / Pn. Nur Amirah binti Md Johar)
Tel. : 03-8888 1616
Faks : 03-8870 6839
E-mel : bb.hlp@moe.gov.my

4 ulasan:

  1. bestla macam tu, semoga permohonan ni dipermudahkan urusan.

    http://www.adarain.com/

    BalasPadam
  2. Semoga berjaya hingga keakhirnya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78