Assalamualaikum.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia walaupun dikatakan sudah mengalami transformasi, namun masih terikat dengan peperiksaan ataupun pentaksiran. Pentaksiran dilakukan untuk menguji sejauh mana pencapaian murid dalam satu-satu aspek, bidang, tema, tajuk yang telah dipelajari.
Kini, setelah persaingan yang semakin sengit, membuatkan satu mekanisma terkini perlu dilakukan yang mana julat gred pemarkahan peperiksaan bagi sekolah rendah dan menengah dikemaskini. Hal ini dikatakan perlu agar penakrafan kualiti murid adalah pada aras tertinggi.
Jenis Peperiksaan
Jenis peperiksaan Sumatif untuk D4, D5, T1, T2 dan T3 (PBS)
Untuk murid D4, D5, T1 dan T2, jenis peperiksaan yang berkenaan:
Ujian 1 / Sumatif 1
Peperikasaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2
Peperiksaan Akhir Tahun / Sumatif 3.
Untuk murid T3:
Ujian 1 / Sumatif 1
Peperikasaan Pertengahan Tahun / Sumatif 2
PT3 (masih dalam perbincangan. Gred sahaja).
Julat Gred Sekolah Rendah
Julat Gred SR Untuk Tahun 2015 Untuk D6, julat gred yang lama masih digunakan:
80 - 100 --> A
60 -- 79 --> B
40 -- 59 --> C
20 -- 39 --> D
01 -- 19 --> E
00 --------> TH
Untuk D4 dan D5, berikut ialah julat gred yang baru:
85 - 100 --> A
70 -- 84 --> B
60 -- 69 --> C
50 -- 59 --> D
40 -- 49 --> E
01 -- 39 --> F
00 --------> TH
Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai (LULUS), tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).
Julat Gred Menengah Rendah
Julat Gred Menengah Rendah Untuk Tahun 2015
85 - 100 --> A
85 - 100 --> A
70 -- 84 --> B
60 -- 69 --> C
50 -- 59 --> D
40 -- 49 --> E
01 -- 39 --> F
00 --------> TH
Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai, tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai.
Julat gred MA Untuk Tahun 2015.
Berikut ialah Julat Gred MA yang baru:
90 - 100 --> A+
80 - 89 ---> A
70 - 79 ---> A-
65 - 69 ---> B+
60 - 64 ---> B
55 - 59 ---> C+
50 - 54 ---> C
45 - 49 ---> D
40 - 44 ---> E
01 - 39 ---> G
00 - 00 ---> TH
Subjek Wajib Lulus Untuk Ting.4 dan Ting.5 2015 Murid Ting.4, subjek wajib lulus ialah BM, Sejarah dan BI.
Murid Ting.5, subjek wajib lulus ialah BM dan Sejarah.
Sumber: SAPS
nice sharing
BalasPadamsemoga sihat selalu..
BalasPadamAduhai...
BalasPadamApabila saya semak bahagian tov dan etr, gred murid2 saya menunjukan skor gred menengah rendah, sedangkan mereka masih sekolah rendah. Macamana kes tersebut?
BalasPadamoh maaf ye saya dah tau kenapa
BalasPadamMurid thn 1 hingga 3 bagaimana.masih menggunakan julat gred yg lama ke
BalasPadam