Pengikut

Rabu, 2 Julai 2014

Jadual dan Keputusan Suku Akhir Piala Dunia Brazil 2014

Assalamualaikum.


Lengkap pusingan kedua perlawanan bola sepak dalam kempen Piala Dunia Brazil 2014. Tahniah kepada pasukan yang berjaya meloloskan diri ke pusingan suku akhir yang akan bermula pada 5 Julai 2014

Berikut merupakan jadual perlawanan Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2014. Pasukan yang menang di peringkat suku akhir nanti akan meneruskan perlawanan ke peringkat separuh akhir dan akhir. Insya-Allah, saya akan cuba mengemaskini keputusan terkini pusingan suku akhir Piala Dunia 2014 ini. Oleh itu, semak tarikh perlawanan Pusingan Suku Akhir Piala Dunia 2014.




Kredit Sumber: mysumber.com


Selasa, 1 Julai 2014

Tawaran Hebat Pembelian Tetamu Istimewa dengan Harga Promosi


Kurang lebih dua bulan begitu saya melakukan promosi Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) 2014 ini. Alhamdulillah, biarpun sambutannya agak kurang memberangsangkan, saya tetap bersyukur kerana ada yang sudi membeli dan menyokong saya. 

Terima kasih saya ucapkan kepada kalian semua yang terdiri daripada blogger yang hebat. Maaf, jika tawaran promosi yang akan saya buat ini membuatkan kalian berasa tidak senang kerana sebelum ini kalian membeli dengan harga yang lebih tinggi sedikit. Namun begitu, saya tidak berniat untuk mengambil kesempatan terhadap kalian semua. Promosi ini adalah usaha saya untuk menyebarluaskan pembacaan buku pertama saya ini. Harap, kalian semua faham. 

Untuk apa lagilah untuk saya menyimpan lama stok buku ini yang berbaki dengan saya. Setelah saya berfikir masak-masak, saya membuka satu lagi tawaran promosi Tetamu Istimewa dengan harga yang terendah yang boleh saya berikan. Jika sebelum ini saya menawarkannya dengan harga RM23 termasuk kos penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan pos laju, kali ini saya menawarkan harga promosi serendah RM20 termasuk kos penghantaran. Maka, pembeli akan jimat RM3 

Kepada yang berminat boleh "bank in" RM20 ke akaun CIMB saya di nombor 0205-0119145-52-0. Sertakan nama penuh, alamat lengkap, nombor telefon di sini (saya tidak akan publish maklumat tersebut). Ataupun hantar maklumat tersebut ke alamat e-mel saya mie_adham86@yahoo.com. Hanya setelah pembayaran dibuat, barulah buku akan diposkan. 

RM 20 (harga pasaran) + RM6 (harga pos) = RM20 (setelah diskaun)

Sebagai rujukan kalian boleh membaca entri yang berkaitan buku ini di pautan di bawah:
1) Rangsang Sari Tetamu Istimewa
2) Ulasan Buku: Tetamu Istimewa di Mingguan Malaysia
3) 15 Cerpen dalam Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa
4) Daripada Pembeli kepada Penulis


SAYA AMAT MENGHARAPKAN SOKONGAN KALIAN SEMUA.
TERIMA KASIH!



Tugasan Sejarah PT3 2014: Pengenalan Isu-isu Perpaduan Kaum

Assalamualaikum.



Pengenalan Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum


Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam  kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek  yang penting dalam membentuk  perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik  yang bersifat majmuk  yang  membawa kepada wujudnya jurang perpisahan  .

Pada zaman pemerintahan British di negara ini, mereka mengamalkan  dasar pecah dan perintah terutama membiarkan penduduk  negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian  dan penanaman padi serta menangkap ikan  manakala tenaga buruh di ladang diambil dari  negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang berbeza. Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.

Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran  Melayu.  Kesan langsung wujudnya sistem  pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya  keganasan 14 hari seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini  menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan  telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan.  Orang Melayu memandang perisitiwa ini  sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969.  Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu singkat sahaja.

Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.

Sumber: Cikgu Razak

Peringatan kepada calon PT3, bahan ini sebagai rujukan sahaja. Tidak boleh disalin seratus peratus dalam tugasan nanti. Boleh baca dan fahami, kemudian buat ulasan sendiri. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78