Pengikut

Rabu, 3 Oktober 2018

Karya daripada Diari Rahsia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Alhamdulillah, permulaan hari yang baik pada minggu ini apabila mendapat perkhabaran yang "Antologi Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR: Karya daripada Diari Rahsia" telah siap dicetak dan sudah boleh dibuat pesanan pembelian oleh penulis dan pembaca.

+++

Menyingkap kembali projek ini, pada tahun 2016, saya melontarkan cadangan dan hasrat alangkah bagusnya jika artikel yang disiarkan dalam ruangan Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR yang diterbitkan dalam majalah Tunas Cipta, DBP dibukukan. 





Saranan saya itu disambut baik oleh Tuan Hamidi Md Yudin dan Firdhaus Hassan. Selepas itu, perbincangan lanjut telah dibuat.

Akhirnya, Tuan Hamidi dan saya sendiri bertindak sebagai penyelenggara antologi ini.

+++

Ruangan Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR merupakan ruangan yang memberi peluang kepada penulis muda untuk berkongsi pengalaman dalam bidang penulisan. Pelbagai pengalaman dan cabaran yang dikongsikan oleh penulis.

Mengikut rekod bacaan saya, tidak banyak buku seumpama ini diterbitkan. Inilah satu-satunya antologi yang mengumpulkan artikel Bicara Tunas dan Buah Pena Alumni MPR.

Konsep buku ini memuatkan artikel, karya penulis dan biodata penulis.

Penulis yang tersenarai merupakan betul-betul penulis muda berusia bawah 40 tahun ketika manuskrip ini diselenggarakan.

Berikut senarai 20 orang penulis yang terlibat dalam antologi ini.



1. Ahmad Muziru Idham
2. Aina Nabila Ahmad
3. Dayana Chacho
4. Farahana Hussain
5. Firdhaus Hassan
6. Haniff Yusof
7. Hasni Jamali
8. Iwan Reaz
9. MF Kencana
10. MK Riza
11. Mohd Helmi Ahmad
12. Nik Mohd Iznan
13. Azida Ishak
14. Nur Suhada
15. Rafi Harumin
16. Ridzuan Kamis
17. Shafiq Azli
18. Syukri Sapuan
19. Tuah Sujana
20. Zulfazlan Jumrah


+++

Sebagai permulaan bagi saya, bukan mudah menyelenggara antologi yang melibatkan 20 orang penulis. Apatah lagi mengambil kira prosedur yang ditetapkan oleh pihak DBP.

Pada tahun 2017, manuskrip ini lulus JKE. Selepas itu, setelah mesyuarat yang dijalankan oleh pihak DBP, hanya seorang penyelenggara sahaja dibenarkan untuk buku ini, dan jika melibatkan dua orang, kedua-duanya perlulah mempunyai karya yang dimuatkan dalam buku tersebut.

Selepas itu, saya mengambil alih tugas sebagai penyelenggara utama untuk menyiapkan manuskrip ini seperti mana yang disarankan oleh pihak penilai.

Namun begitu, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Hamidi yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyelenggara sebuah antologi.

Terima kasih juga kepada editor, Puan Hafirda Afiela yang membidani antologi ini dengan baik.

+++

Saya akan membuat tempahan stok buku ini daripada penerbit. Harga jualan buku ini RM20 senaskhah. Bagi yang berminat bolehlah buat tempahan daripada saya, penulis lain ataupun penerbit sendiri.

Ayuh, dapatkan buku ini untuk membaca pengalaman penulis muda yang berjaya menempatkan diri dalam peta kesusasteraan tanah air.

Mohd Helmi Ahmad
Penyelenggara Antologi Karya daripada Diari Rahsia

Ahad, 23 September 2018

Beli Buku dengan Harga Jimat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Kerja penulisan memerlukan perancangan yang berkesan. Bukan hari ini tulis, esok siap. Lusa dah terbit buku. Oleh itu, setiap buku yang terbit merupakan hasil titik peluh yang harus dihargai. 

Dari tahun 2009 hingga 2018, inilah hasil kerja saya yang didokumentasikan dalam bentuk buku perseorangan dan antologi bersama (Tetamu Istimewa sudah kehabisan stok). 

Kepada rakan-rakan yang belum pernah membaca karya saya dan berhasrat untuk membaca dan memiliki kesemua buku saya, saya berbesar hati untuk menawarkan pembelian pakej buku saya dengan harga istimewa. 

1. Madu di Tangan - RM15
2. Bila Ayah Berkaca Mata Hitam - RM25
3. Gadis dan Cermin Masa Depan - RM25
4. Kartunis Muda - RM9
5. Rimbun Kehidupan - RM25
6. Rencah Kehidupan - RM25

HARGA PAKEJ: RM90/RM100 (S&S) TERMASUK KOS PENGHANTARAN.

Tanpa pembaca, siapalah penulis. Sokongan pembaca amatlah saya hargai. Terima kasih.

Ahad, 16 September 2018

Harga Istimewa Set Lengkap Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

 
Anda rasa tak ada masa nak membaca novel? Anda rasa tak ada masa nak membaca cerpen? Panjang dan tebal? Jangan musnahkan impian anda untuk terus membaca. Ada bahan bacaan lain yang boleh dibaca dalam relatif masa yang pendek dan sibuk, iaitu anekdot.

Melalui Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan: Rimbun Kehidupan, Langit Kehidupan, Rencah Kehidupan, Lautan Kehidupan dan Pelangi Kehidupan, pembaca dapat menikmati aneka cerita yang mampu menjentik rasa dan membuai perasaan. Silap hari bulan, boleh ketawa seorang diri.

Saya turut menyumbang anekdot dan cerita kehidupan dalam buku "Rimbun Kehidupan" dan "Rencah Kehidupan".



Dalam buku Rimbun Kehidupan, saya ada menulis lima tajuk berkaitan buku dan dunia pembacaan.
1. Yang Pertama, Yang Diingati
- Cerita tentang buku pertama yang saya beli sewaktu di sekolah rendah. Buku apa yang saya beli?

2. Kedai Buku Bergerak
- Cerita tentang kedai buku bergerak yang datang ke sekolah saya. Ada kisah ibu bapa yang nak pulangkan semula buku yang dibeli oleh anaknya sebab dia hanya bekalkan duit belanja sahaja tetapi bagaimana anak dia dapat beli buku?

3. Sepucuk Surat Sekeping Harapan
- Cerita tentang hadiah buku yang saya berikan kepada murid saya dibalas dengan sepucuk surat. Apa isi surat?

4. Bibliofil Bukan Orang Gila!
- Cerita tersilap bagi alamat penghantaran buku sehinggakan posmen telefon.

5. Dalam Puisi Ada Jiwa
- Cerita tentang seorang remaja yang mahu membeli buku puisi tetapi "dihalang" oleh ibunya.


Dalam buku Rencah Kehidupan pula saya menyentuh tentang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan kerenah murid sekolah rendah. 

1. Ikan Menjala Pak Ali
- Kata orang, senang mengajarkan Bahasa Melayu? Betulkah senang? Habis, macam mana ikan boleh menjala Pak Ali?

2. Cikgu Sebut, Salah!
- Apa respons guru jika ditegur oleh murid? Betulkah apa yang ditegur itu salah?

3. Cikgu Ambil Rasuah?
- Tersentap sekejap gara-gara murid menuduh guru ambil rasuah. Rasuah apa? Betulkah?

4. Duta Susu Sekolah
- Yang dok berebutkan kotak susu tu kenapa? Sedap sangatkah susu yang punggungnya berbelang warna-warni?

5. Fungel vs Fungsi
- Alahai, kerana salah membaca satu dua perkataan, terpesong maksudnya. Sebelum terpesong, boleh bayangkan macam mana gelabahnya cikgu tu nak berikan jawapan?

Ada banyak lagi kisah menarik dalam kelima-lima siri penerbitan ini. Setiap buku menghimpunkan 20 orang penulis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya.

Buku-buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan pembaca. Saya amat menyarankan buku-buku ini dibeli oleh guru di sekolah untuk bacaan pelajar dan guru.

Majlis Pelancaran Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan ini telah dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi pada 9 September 2018. Beliau turut menyumbang anekdot dan cerita kehidupan dalam buku Rencah Kehidupan.

Buku-buku ini boleh dibeli terus daripada saya pada pakej berikut:
1. Senaskhah - RM25
2. Set Lengkap: 5 Judul - RM100
*Tidak termasuk kos penghantaran.

Sokonglah industri penerbitan buku dengan membeli dan membaca buku tanpa jemu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78