Pengikut

Ahad, 16 September 2018

Harga Istimewa Set Lengkap Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

 
Anda rasa tak ada masa nak membaca novel? Anda rasa tak ada masa nak membaca cerpen? Panjang dan tebal? Jangan musnahkan impian anda untuk terus membaca. Ada bahan bacaan lain yang boleh dibaca dalam relatif masa yang pendek dan sibuk, iaitu anekdot.

Melalui Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan: Rimbun Kehidupan, Langit Kehidupan, Rencah Kehidupan, Lautan Kehidupan dan Pelangi Kehidupan, pembaca dapat menikmati aneka cerita yang mampu menjentik rasa dan membuai perasaan. Silap hari bulan, boleh ketawa seorang diri.

Saya turut menyumbang anekdot dan cerita kehidupan dalam buku "Rimbun Kehidupan" dan "Rencah Kehidupan".



Dalam buku Rimbun Kehidupan, saya ada menulis lima tajuk berkaitan buku dan dunia pembacaan.
1. Yang Pertama, Yang Diingati
- Cerita tentang buku pertama yang saya beli sewaktu di sekolah rendah. Buku apa yang saya beli?

2. Kedai Buku Bergerak
- Cerita tentang kedai buku bergerak yang datang ke sekolah saya. Ada kisah ibu bapa yang nak pulangkan semula buku yang dibeli oleh anaknya sebab dia hanya bekalkan duit belanja sahaja tetapi bagaimana anak dia dapat beli buku?

3. Sepucuk Surat Sekeping Harapan
- Cerita tentang hadiah buku yang saya berikan kepada murid saya dibalas dengan sepucuk surat. Apa isi surat?

4. Bibliofil Bukan Orang Gila!
- Cerita tersilap bagi alamat penghantaran buku sehinggakan posmen telefon.

5. Dalam Puisi Ada Jiwa
- Cerita tentang seorang remaja yang mahu membeli buku puisi tetapi "dihalang" oleh ibunya.


Dalam buku Rencah Kehidupan pula saya menyentuh tentang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan kerenah murid sekolah rendah. 

1. Ikan Menjala Pak Ali
- Kata orang, senang mengajarkan Bahasa Melayu? Betulkah senang? Habis, macam mana ikan boleh menjala Pak Ali?

2. Cikgu Sebut, Salah!
- Apa respons guru jika ditegur oleh murid? Betulkah apa yang ditegur itu salah?

3. Cikgu Ambil Rasuah?
- Tersentap sekejap gara-gara murid menuduh guru ambil rasuah. Rasuah apa? Betulkah?

4. Duta Susu Sekolah
- Yang dok berebutkan kotak susu tu kenapa? Sedap sangatkah susu yang punggungnya berbelang warna-warni?

5. Fungel vs Fungsi
- Alahai, kerana salah membaca satu dua perkataan, terpesong maksudnya. Sebelum terpesong, boleh bayangkan macam mana gelabahnya cikgu tu nak berikan jawapan?

Ada banyak lagi kisah menarik dalam kelima-lima siri penerbitan ini. Setiap buku menghimpunkan 20 orang penulis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kerjaya.

Buku-buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan pembaca. Saya amat menyarankan buku-buku ini dibeli oleh guru di sekolah untuk bacaan pelajar dan guru.

Majlis Pelancaran Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan ini telah dirasmikan oleh Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan di Red Card Cafe, Bandar Baru Bangi pada 9 September 2018. Beliau turut menyumbang anekdot dan cerita kehidupan dalam buku Rencah Kehidupan.

Buku-buku ini boleh dibeli terus daripada saya pada pakej berikut:
1. Senaskhah - RM25
2. Set Lengkap: 5 Judul - RM100
*Tidak termasuk kos penghantaran.

Sokonglah industri penerbitan buku dengan membeli dan membaca buku tanpa jemu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78