Pengikut

Khamis, 16 Ogos 2018

Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.



Saya tidak pernah menyertai mana-mana projek antologi bersama sebelum ini. Karya saya hanya diterbitkan dalam buku perseorangan dan hanya satu antologi cerpen kanak-kanak. Selebihnya, saya lebih selesa menulis secara eceran. 

Saya pernah menulis hantaran pertanyaan di FB sekiranya ada mana-mana pihak yang menerbitkan projek buku yang membicarakan tentang buku dan dunia pembacaan. Daripada situ, saya mendapat beberapa respons daripada rakan-rakan. 

Tidak berhenti di situ sahaja, Cikgu Mohamad Musip mempelawa saya untuk menyertai projek antologi Siri Anekdot & Cerita Kehidupan yang sedang diselenggaranya. Katanya, saya boleh berkongsi cerita dan pengalaman saya sebagai seorang penulis. 

Berkali-kali juga saya mempertimbangkan pelawaan itu kerana saya perlu menulis dalam genre anekdot dan cerita kehidupan. Bukan genre yang saya tekuni sebelum ini.

Sebagai menyahut cabaran dan memperkembang bakat yang ada, saya bersetuju menyertainya. Akhirnya, saya memilih untuk menulis tentang buku dan dunia pembacaan dalam bentuk anekdot dan cerita kehidupan. Ada empat tajuk yang saya nukilkan untuk EDISI 1: RIMBUN KEHIDUPAN. 

Apabila sudah menulis, timbul pula satu semangat untuk terus menulis dan berkongsi tentang perihal lain pula iaitu tentang cabaran pengajaran bahasa Melayu di sekolah, selain kerenah anak-anak murid sekolah rendah. Semua cerita yang rencam ini disampaikan secara anekdot dan cerita kehidupan menepati konsep buku. Cerita-cerita ini dapat dibaca dalam buku EDISI 3: RENCAH KEHIDUPAN. 

Saya yakin dengan kemampuan dan ilmu bahasa Melayu yang dimiliki oleh Cikgu Mohamad Musip (Munsyi Bahasa) sebagai penyelenggara untuk memastikan buku ini bahasanya terjaga.

Usaha penerbitan siri buku ini juga bukan sekadar suka-suka, sebaliknya dapat mencungkil bakat penulis, mengetengahkan cerita yang tersimpan yang manfaatnya sangat besar, bahkan diharapkan mampu menjadi khazanah persuratan negara yang bernilai tinggi.

Menerusi lima siri buku ini, kurang lebih 70 orang penulis yang terlibat. Setiap buku menghimpunkan 20 orang penulis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, pendidikan dan kerjaya.

Siri Anekdot & Cerita Kehidupan ini turut mendapat sokongan dan dorongan daripada Prof. Datuk Dr. Awang Sariyan yang menulis Kata Pengantarnya dan menyumbang bahan penulisan dalam buku keempat: Lautan Kehidupan.

Sekiranya ada rakan-rakan yang berminat untuk memiliki kesemua Siri Anekdot & Cerita Kehidupan ini, boleh hubungi penerbit. Sekiranya berhasrat memiliki RIMBUN KEHIDUPAN dan RENCAH KEHIDUPAN, boleh buat prapesanan melalui saya sendiri.

Buku ini dijangka terbit awal bulan September 2018.

#PromosiBukuMHA #AnekdotdanCeritaKehidupan #RimbunKehidupan  #RencahKehidupan

2 ulasan:

  1. Tahniah dan Syabas Cikgu Helmi. Harap terus bersemangat dalam dunia penulisan. Jika dah terbit nanti,InsyAllah saya cyba miliki.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78