Selaku penulis eceran pernahkah anda merancang untuk menulis karya yang mengambil sempena atau sambutan yang diraikan. Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman yang pernah saya lalui.
Untuk menulis karya baik puisi mahupun cerpen yang mengambil sempena perayaan pastikan karya tersebut dihasilkan lebih awal. Proses penghantaran karya itu lebih baik dalam tempoh masa tiga bulan awal. Ayuh, kita perhatikan sepanjang tahun, antara perayaan apakah yang disambut.
1. Tahun Baru Cina
2. Hari Guru
3. Hari Ibu
4. Hari Bapa
5. Ramadan
6. Hari Raya Aidilfitri
7. Hari Raya Aidiladha
8. Hari Kemerdekaan
9. Hari Deepavali
10. Hari Krismas
Penulis haruslah mengetahui media manakah yang sering menyiarkan karya bersempena ini. Tidak semua media menyediakan peluang tersebut. Baik majalah mahupun surat khabar. Penulis harus membuat tinjauan. Namun, senarai hari perayaan seperti saya senaraikan di atas sering menyiarkan karya berkenaan. Selain itu, majalah yang bercirikan wanita atau perempuan juga sering menyiarkan karya edisi khas perkahwinan. Jadi penulis boleh mencuba untuk menghantar kepada majalah tersebut seperti Harmoni, Mingguan Wanita, Jelita, Perempuan.
Tiada jalan mudah untuk berjaya. Haruslah rajin dan berdisiplin untuk menulis.
Pengikut
Isnin, 5 November 2012
Ahad, 4 November 2012
Novel Jadi Hantaran Perkahwinan
![]() |
kredit foto daripada Sinar Harian |
Saya hendak berkongsi cerita ini dengan pembaca semua. Adakah anda semua pernah membaca artikel ini di Sinar Harian edisi 1 Oktober 2012?
Wah, 4 dulang novel dijadikan hantaran perkahwinan! Teruja sangat.
Minat membaca pengantin perempuan terhadap karya Ramlee Awang Murshid membuatkan pengantin lelaki mengambil keputusan membawa dulang berupa novel sebagai hantaran. 4 dulang tersebut mengandungi 21 buah novel karya Ramlee Awang Murshid dan beberapa penulis lain. Jarang-jarang novel menjadi bahan hantaran, bukan? Jika ada pun al-Quran dan buku-buku agama yang dijadikan sebagai hantaran.
Jadi, kepada sesiapa yang hendak berkahwin pada musim cuti sekolah nanti bolehlah berbuat demikian.
Khamis, 1 November 2012
Tunas Cipta dan Dewan Sastera November 2012 di Pasaran
Majalah terbitan DBP bulan November 2012 sudah berada di pasaran. Teruja untuk memilikinya. Kepada semuapenulis bolehlah menyemak karya jika ada yang tersiar. Untuk Kandungan Tunas Cipta, tidak disertakan nama. Sebaliknya, Kandungan Dewan Sastera disertakan namanya sekali. Tahniah kepada penulis yang karyanya tersiar. Kepada yang tidak ada karyanya untuk bulan November usahlah berkecil hati. Teruskan berusaha. Entri ini sekadar perkongsian dan untuk mempromosikan lagi majalah terbitan DBP.
*Kredit foto daripada Portal DBP. Untuk mengetahui kandungan majalah yang lain boleh ke sana.
Langgan:
Catatan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78