Pengikut
Selasa, 10 Januari 2012
Cerpen Kedua Tahun 2012 - Sepucuk Warkah
Sepucuk Warkah merupakan cerpen saya yang kedua tersiar pada tahun ini 2012. Alhamdulillah. Sebenarnya cerpen ini sudah lama dihasilkan. Berkisar kepada dunia perguruan. Tema cerpen ini tidaklah besar namun saya cuba sampaikannya dengan sebaik mungkin. Pendidikan t konflik t cinta = sesuatu yang lumrah dalam kehidupan. Namun lihat bagaimana seseorang itu dapat mengharunginya.
Ikuti Sepucuk Warkah dalam Mingguan Warta Perdana edisi 8 Januari 2012. Selamat membaca.
Ahad, 8 Januari 2012
Tahun 2012 Satu Permulaan Baik
Sudah beberapa hari saya tidak mencatat sesuatu di blog ini. Bukan tidak mahu mencatat tetapi mood untuk mencatat itu tidak ada. Sudah seminggu saya kembali ke tempat kerja. Bermacam-macam kerja sudah menanti. Harap-harap segala-galanya berjalan dengan lancar.
Semalam hari sabtu saya ke Pudu Sentral untuk membeli tiket balik kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Harganya boleh tahan. Selalunya saya membeli dengan harga RM 39.00. Tapi disebabkan Tahun Baru Cina naik hingga ke RM 43.00. Ada yang mencecah RM 45.00. Walau apa-apa pun dek kerana semangat nak balik saya beli juga.
Berbalik kepada tajuk entri kali ini saya bersyukur kerana tahun 2012 membuka lembaran yang baik bagi saya. Dalam lapangan penulisan semua penulis berharap karya-karya mereka mendapat tempat dalam media cetak. Dengan harapan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Begitu juga dengan saya. Walaupun karya yang dihasilkan adalah pada tahun lepas tetapi bertuah disiarkan pada tahun ini.
Ikuti bagaimana Adik menempuh dunia barunya dalam DUNIA BARU ADIK.
Berjayakah Adik mengharungi cabaran dalam dunia yang serba baru? Mampukah Adik keluar dari dunia yang 'mengindahkan' selama ini? Semuanya akan terjawab sekiranya anda membacanya di HARMONI. Sokongan anda sangat dihargai.
Selamat Membaca!
Rabu, 4 Januari 2012
Tugas Semakin Bertambah
Nampaknya tugas sebagai seorang guru sudah terasa. Cabarannya amat besar. Bukan setakat mengajar tugas-tugas lain perlu juga dipikul. Saya baru sahaja dapat jadual mengajar. Saya ditugaskan untuk mengajar tahun 3, 4, 5, dan 6. Selain itu terlibat dalam pasukan beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah serta kerja-karja yang lain lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)
Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78



