Pengikut

Jumaat, 27 Julai 2018

Resipi Serawa Keladi Orang Utara

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Pada minggu ini saya telah masak serawa keladi campur keledek ungu. Sedap! Sudah lama saya tidak makan. Selalunya mak saya yang masak. Tapi apabila duduk jauh daripada keluarga, kenalah buat sendiri. Di tempat lain ada yang panggil serawa ni pengat.


BAHAN-BAHAN 

Keladi - 2 ketul
Keledek- 6 ketul
Santan - 500 liter/ 1/2 kilogram
Gula - secubit
Garam - ikut cita rasa sendiri
Daun pandan - 3 helai
Sagu - ikut suka hati








CARA PEMBUATAN 
1. Kupas keladi dan keledek sebersihnya.
2. Masukkan keladi dalam periuk.
3. Masukkan santan dalam periuk keladi tadi.
4. Buka api.
5. Masukkan gula dan garam.
6. Masukkan daun pandan.


7. Apabila agak-agak keladi sudah empuk, masukkan keledek. Keledek cepat empuk jadi jika masukkan awal-awal dikhuatiri hancur.

8. Masukkan sagu. Sagu perlu direndam seketika supaya kembang. 

9. Setelah masak, siap dihidangkan.




Selamat Mencuba!
Serawa Keladi Orang Utara.

 

2 ulasan:

  1. Masa kenduri kahwin selalu juga ada 'benda alah' ni. Sedap! Tapi jarang tuan rumah sediakan serawa ni. Depa lebih suka sediakan bubur kacang. Hihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78