Pengikut

Sabtu, 3 Jun 2017

Cara Menulis dan Menghantar Karya kepada Tunas Cipta

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

 Sejarah Ringkas

Tunas Cipta diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menampung karya calon penulis, penulis baharu dan penulis muda negara. 

Tunas Cipta mula dipasarkan pada Mac 2001 dengan nama Gen. Dengan mempertaruhkan moto majalah, “Sastera Generasi Baharu”, nama Tunas Cipta mula diguna pakai pada keluaran Jun 2001. 

Tunas Cipta menyediakan peluang yang terbuka kepada penulis muda berusia 40 tahun ke bawah untuk mengirimkan karya untuk dinilai. 

Ruangan Tunas Cipta

Untuk makluman, Tunas Cipta menyediakan ruangan seperti berikut:

1. Luahan Minda
2. Puisi Tradisional
3. Galeri Sastera
4. Fokus
5. Sejambak Ilham (Puisi/Sajak)
6. Nukilan Pena (Cerpen)
7. Ilham Kembara
8. Ulasan Buku
9. Bicara Tunas
10. Teater (Ulasan/Kritikan)

Kolum Penulis Tetap / Bersiri
1. Penghayatan Sastera STPM
2. Hak Cipta
3. Komik
4. Ulasan Cerpen
5. Pena Sutera
6. Ulasan Sajak
7. Novel Bersiri

Format Menulis Cerpen 

Bagi mengirimkan cerpen, penulis boleh menggunakan format ini: Word A4, Arial 12, langkau dua baris, 8 - 10 halaman.

Butiran / Maklumat Hantar Karya

Kirimkan karya anda bersama maklumat berikut:

Nama penuh
Nama pena (jika ada)
No kad pengenalan
No. telefon
Alamat surat-menyurat
Alamat e-mel
Nama bank dan no akaun.

Dapatkan majalah Tunas Cipta terkini untuk mengetahui alamat e-mel editornya. 

Selamat menulis dan selamat mencuba.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Muda Pelapis Generasi Masa Depan

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Boleh dapatkan majalah Tunas Cipta terkini di pasaran untuk memperoleh alamat e-mel editor. Selain itu dapat juga membaca karya tersiar untuk memudahkan penulis melihat karya yang bagaimana menjadi pilihan editor. Semoga berjaya. Terima kasih.

      Padam
  2. Balasan

  3. Boleh saya tahu macam mana nak menghantar? Alamatnya? Lebih mudah kalau ada email

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dapatkan majalah Tunas Cipta terkini di pasaran untuk memperoleh alamat e-mel editor. Selain itu dapat juga membaca karya tersiar untuk memudahkan penulis melihat karya yang bagaimana menjadi pilihan editor. Semoga berjaya. Terima kasih.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78