Pengikut

Isnin, 1 Mei 2017

Diskaun Istimewa Buku Mohd Helmi Ahmad

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


PROMOSI BUKU 2017 - KARYA MOHD HELMI AHMAD
KENAPA ANDA PERLU BELI?

Biarpun pada awalnya saya sekadar mencuba sahaja memasuki bidang penulisan dengan bermula menulis karya eceran, kini sedar tak sedar saya telah memiliki tiga buah buku. 

Sepanjang tahun 2009 hingga 2016, banyak pengalaman dan ilmu yang saya kutip dan tidak kurang juga cabaran yang dihadapi mematangkan saya untuk terus berada dalam bidang ini. 

Pencapaian yang tidak terduga itu lebih banyak manisnya daripada pahit untuk dikongsikan. Biarpun belum cukup matang, tetapi proses kedewasaan itu akan terus didaki. 

1. Pernah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) tiga tahun berturut-turut pada tahun 2010, 2011 dan 2012. Ketiga-tiga cerpen remaja tersebut saya muatkan dalam buku Tetamu Istimewa.

2. Cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin yang pernah memenangi HSKU, terpilih untuk dijadikan teks Komsas Tingkatan 1 mulai 2015 - 2019. Cerpen tersebut turut saya muatkan dalam buku Tetamu Istimewa.

3. Paling membanggakan saya apabila Tetamu Istimewa diiktiraf sebagai Kumpulan Cerpen Remaja terbaik dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2014.

4. Madu di Tangan menghimpunkan 50 buah puisi awal saya dalam bidang penulisan. Kebanyakannya pernah disiarkan dalam pelbagai media cetak seperti akhbar dan majalah. 

5. Madu di Tangan, bersifat sederhana tetapi jika didalami daripada satu puisi demi satu puisi, anda akan melihat rakaman kehidupan saya.

6. Bila Ayah Berkaca Mata Hitam pula menghimpunkan 18 buah cerpen dewasa/umum dari tahun 2010 hingga 2013. Penulisan daripada jiwa kepada jiwa dilihat lebih jujur dan ikhlas. 

7. Bila Ayah Berkaca Mata Hitam turut memuatkan dua buah cerpen saya yang pernah memenangi Sayembara Cerpen ASASI dan Sayembara Cerpen ANIS. 

* Stok Tetamu Istimewa cetakan pertama yang ada pada saya, terhad.
* Jika ada yang berminat untuk membeli berasingan ataupun pakej dua buku, boleh maklumkan kepada saya.
* Jika ada yang berminat untuk bertukar-tukar buku (bergantung kepada buku yang belum saya miliki) juga boleh maklumkan kepada saya.

Mohd Helmi Ahmad
Penulis Karya Eceran Akhbar dan Majalah
Penulis Buku ITBM

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, ternyata saya sudah memiliki ketiga-tiga buku Cikgu Helmi tersebut. Teruskan menulis Cikgu!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78