Pengikut

Isnin, 25 Mei 2015

Buku, Saya dan Penulis

Assalamualaikum.

Sesekali menulis dalam blog ada kepuasannya walaupun jarak berselang hari ataupun bulan berbanding Facebook yang setiap hari diuliti. 



Rasa tidak lengkap catatan pada tahun ini sekiranya saya tidak berkongsi tentang hasil belian buku saya sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015. 

Pada tahun ini seperti biasa, saya memilih untuk ke sana berseorangan. Saya berasa lebih selesa kerana saya boleh berlama dan mencatur arah tuju di mana dan ke mana harus saya berada untuk memburu buku. 

Pada PBAKL 2015 saya tidak "merayau" ke banyak reruai. Pilihan saya hanya beberapa sahaja seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Utusan Publications, Ana Muslim, Karangkraf dan beberapa lagi. Reruai ITBMlah saya berlama di sana. 

Buku merupakan "makanan" saya sebagai penulis. Ada yang menyatakan bahawa pembaca tidak semestinya penulis, tetapi penulis ialah pembaca. Dalam kata lain, untuk menjadi penulis yang berilmu dan berjaya haruslah membaca. 



Pasti ramai yang tertanya-tanya bolehkah saya menghabiskan bacaan buku sebanyak ini? Susah juga untuk saya menjawabnya kerana proses membaca dan waktu membaca itu tidak pernah tamat. Ada buku yang tersusun itu sukar untuk diperolehi. Jadi, apabila ada peluang untuk membelinya saya akan membelinya tanpa memikirkan pada waktu bila untuk saya membacanya. 

Seperti yang pernah saya maklumkan bahawa saya berhasrat untuk memiliki perpustakaan mini yang menghimpunkan sejumlah koleksi buku saya. Jika benar perpustakaan ini memiliki manfaatnya bukan untuk saya seorang, sudah pastilah bakal dibukakan kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk membaca dan membuat rujukan. Wallahuaklam.




7 ulasan:

  1. "proses membaca dan waktu membaca itu tidak pernah tamat"

    Penuh bermakna ayat tersebut...terima kasih

    BalasPadam
  2. Wow hebat, tahniah Cikgu, membaca terus membaca selagi ada ruang dan peluang untuk kita membaca...jangan buang masa untuk tidak membaca.

    BalasPadam
  3. Wow, banyaknya buku! Yang pastinya lain dari yang lain. Saya membelek setiap satu tajuk-tajuk buku yang saudara beli. Memang menarik dan semuanya buku-buku yang berilmiah. Ada beberapa buah buku yang menarik minat saya. Nanti bila ada kelapangan boleh beli online. :)
    Saya juga nak minta pandangan saudara tentang buku yang sesuai sebagai rujukan dalam penulisan cerpen.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  4. Sudah lama tidak melawat blog cikgu. Saya sudah kurang berFacebook. Lebih banyak menghabiskan masa menenun karya-karya yang ada. Dan hei, kita mempunya hobi yang sama iaitu membeli buku tanpa berfikir panjang! Hahah.

    BalasPadam
  5. Assalam cikgu. Banyaknya buku yang cikgu beli. Saya tak berkesempatan ke PBAKL tahun ini. Sekadar mampu melihat keasyikan rakan-rakan yang berkongsi gambar mereka ke sana.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78